Ahad, 19 April 2020

Takaful Insurans Liabiliti Profesional

HAI TEMAN-TEMAN. HARI INI DALAM RUANG LINGKUP YANG SEDERHANA . ADMIN NAK SHARE SEDIKIT TENTANG Takaful Insurans Liabiliti Profesional

  • Secara amnya, polisi liabiliti awam mengecualikan liabiliti yang timbul akibat kecuaian profesional.
  • Situasi sedemikian timbul apabila 'seorang profesional' gagal melakukan tugasnya dengan penuh kepakaran dan prihatin seperti yang diharapkan (kepakaran dan keprihatinan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan tanggungjawab 'normal' yang biasa dilakukan oleh individu biasa atau orang awam).
  • Di dalam situasi biasa kontrak perkhidmatan antara seorang profesional dan pelanggan, terdapat syarat tersirat yang mengharapkan khidmat yang diberi haruslah mempamerkan kepakaran dan keprihatinan. Kegagalan melaksanakan tugas secara profesional boleh menyebabkan berlakunya kerugian kepada pelanggan yang diinsuranskan di bawah indemniti profesional.

Perlindungan Asas
  • Polisi ini melindungi insured yang gagal mematuhi tanggungjawab professional disebabkan tindakan, kesilapan dan peninggalan yang melibatkan kecuaian insured, pemegang jawatan terdahulu atau mana-mana individu yang diambil bekerja oleh insured atas sifatnya sebagai profesional.
  • Perlindungan meliputi bayaran kos guaman yang mungkin ditanggung oleh insured, dengan syarat mendapat persetujuan insurer terlebih dahulu.

Pengecualian

Polisi insurans indemniti profesional ini biasanya mengecualikan tuntutan yang melibatkan :
  • Fitnah atau tohmahan.
  • Ketidakjujuran, penipuan, jenayah.
  • Tindakan berniat jahat atau pengabaian oleh insured, pemegang jawatan terdahulu atau pekerjanya.
  • Pencemaran radioaktif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan