Isnin, 30 Oktober 2023

Keedsflix Tadika terbaik di Malaysia

.


.


Sekolah tadika adalah langkah awal yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Ia melibatkan penyediaan persekitaran yang mesra kanak-kanak, memperkenalkan konsep asas seperti nombor, huruf, warna, dan membina kemahiran sosial melalui permainan dan interaksi dengan rakan sebaya. Melalui pengenalan ini, anak-anak dapat memulakan perjalanan pembelajaran mereka dengan cara yang menyeronokkan dan merangsang daya berfikir. 


Mesti ramai yang tak tahu kan keedsflix ni apa ? Jadi jom kita kenal serba sedikit tentang keedsflix. Keedsflix ni merupakan sekolah tadika yang dinaungi oleh angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muzaphar.  sekolah ini mempunyai lebih dari 119 cawangan di malaysia dan dua cawangan di luar negara masing-masing di Brunei darul Salam dan Indonesia.


Keedsflix menawarkan pembelajaran yang holistik bermula dari usia 1 hingga 4 tahun akan ditempatkan di playschool dan 4 hingga 6 tahun di preschool. Dengan memperkenalkan modul yang direka khas hasil daripada gabungan ilmu agama dan sains bagi memastikan anak-anak mendapat ilmu yang seimbang iaitu ilmu duniia dan akhirat.  


4 modul utama yang diperkenalkan oleh keedsflix.


  • Keed Quranic ialah modul yang disusun oleh Guru yang mengajar anak Dr Shekh Muzaphar sendiri. Kaedah yang sangat bersesuaian dengan peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

  • Keed Hafiz disusun dengan 4 kaedah utama iaitu hafazan tracker, video interaktif , thematic surah dan quran rhyme. 


  • Keed Space pula adalah satu modul yang disusun untuk memberi pendedahan awal berkaitan dengan Alam sekitar dan alam semesta mengikut acuan Al quran dan Assunnah. 


  • Keed Robotic adalah hasil gabungan 4c iaitu creative thinking, critical thiking, computational thiking dan collaboration& communication.

Iz percaya dengan semua modul yang telah disusun oleh keedsflix ini akan berjaya melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat.


——————————————————————————————————————————

Bertempat di Mydin Mall Mutiara Rini Johor Bharu telah diadakan keedsflix tour with Astronaut pada 28 oktober 2023 pelbagai bakat ditonjolkan oleh anak-anak didik keedsflix. Antaranya adalah Bacaan Surah Al Kahfi, choral speaking, demonstrasi sains , nyanyian, tarian dan banyak lagi. Pada hari tersebut juga Dr Sheikh Muzaphar turut meberi tips dalam slot parenting talk, pelbagai imput yang berguna bolrh diambil untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. 


Iz berpendapat program jelajah keedsflix ini perlu diteruskan ke negeri-negeri lain agar satu malaysia mengenali tadika terbaik di Malaysia iaitu Keedsflix. 





'


Untuk maklumat lanjut boleh layari