Jumaat, 29 Ogos 2014

'ALLAH beri peluang kami bertaubat'



Sebahagian daripada mak nyah ketika menyertai sesi motivasi bersama NGO terlibat.

Saudara Wan Bersama Peserta

CAMERON HIGHLANDS - “Walaupun sudah hampir 30 tahun hidup sebagai 'gadis lorong gelap' namun saya redha kerana percaya ujian yang diberikan ALLAH SWT hanya untuk orang-orang yang istimewa dan Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk bertaubat.

Demikian kata Mohamed Bakri Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Kak June ketika menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang mak nyah.
Menurutnya, sejak menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Insaf Pahang (PIP), dia kini lebih mendekatkan diri dengan ALLAH dan berusaha untuk mengajak rakan-rakannya yang lain untuk turut menyertai aktiviti anjuran PIP.

“Segalanya bermula dengan satu panggilan telefon dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang ingin berkenalan dan menjemput saya untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan pihak berkenaan.
“Pada awalnya saya risau kerana menyangka mereka akan menahan saya, namun anggapan tersebut meleset sama sekali. Sejak itu saya kerap turut serta dalam aktiviti PIP dalam usaha untuk kembali kepada asal,” katanya di sini, kelmarin.

Mohamed Bakri yang juga Naib Pengerusi PIP berkata, melalui PIP dia diberi peluang menunaikan umrah pada tahun lalu hasil kutipan derma orang ramai.

Menurutnya, golongan mak nyah memerlukan lebih sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat dalam usaha mereka untuk kembali berubah.

“Tidak mudah menjalani kehidupan sebagai seorang mak nyah. Kami terpaksa menelan sindiran orang ramai malah ada yang dibuang keluarga gara-gara masalah golongan ini yang mengalami kecelaruan identiti jantina.

“Justeru, masyarakat dan agensi berkaitan termasuk NGO perlu membuka mata dan turut serta turun padang bagi membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan,” katanya.


Berusaha untuk berubah

Bagi seorang mak nyah yang dikenali sebagai Fiza, kehidupannya bergelar 'gadis lorong' sejak berusia belasan tahun banyak mengajarnya erti hidup dan menelan pelbagai cacian orang sekeliling.
Fiza berkata, dia bersyukur kerana keluarga masih menerima dirinya walaupun dia telah menjalani pembedahan sepenuhnya untuk menjadi seorang wanita.

“Sejak menyertai aktiviti di PIP, sedikit demi sedikit saya cuba untuk berubah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.
“Selain itu, saya juga mula merencana perjalanan hidup dan merancang untuk memiliki perniagaan sendiri,” katanya.

Rakannya, Balqis, 22, berkata, sejak terbabit dalam PIP sebulan yang lalu, dia mula merasai kehidupan berkeluarga dan gembira bersama rakan-rakan yang lain.
Menurutnya, walaupun dia telah disisihkan keluarga dan saudara mara namun itu tidak bermakna kehidupannya telah berakhir.
“Saya bertemu dengan Mohamed Bakri di sebuah majlis di Dungun, Terengganu dan dia mempelawa saya untuk turut serta dalam PIP.
“Buat masa sekarang saya tinggal bersama rakan di Kuantan dan belum membuat sebarang perancangan masa dapan,” katanya.


Perlukan dana
Sementara itu, Pengerusi PIP, Profesor Dr Samsul Draman berkata, pihak PIP memerlukan lebih banyak dana bagi menganjurkan aktiviti membabitkan mak nyah dan berusaha untuk menarik mereka kembali taat kepada suruhan ALLAH.

Menurutnya, PIP turut bercadang untuk memiliki sebuah rumah perlindungan atau pusat aktiviti bagi menempatkan golongan yang sering disisihkan masyarakat ini.

“Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah kecelaruan identiti boleh merujuk kepada PIP kerana di sini terdapat ahli seperti Mohamed Bakri yang lebih memahami dan mendengar luahan hati golongan tersebut.


“ PIP menggunakan pendekatan dakwah secara halus seperti mengadakan menganjurkan kelas fardu ain, qiamullail serta tidak memaksa mereka untuk berubah 100 peratus dari segi penampilan dan fizikal,” katanya.
Samsul berkata, orang ramai yang prihatin dengan nasib golongan mak nyah boleh turut serta membantu dengan menyalurkan dana ke akaun Bank Islam- 06019010096452.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/allah-beri-peluang-kami-bertaubat-1.311557


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEDIKIT INFO : 





Saya Mula Kenal Dengan Saudara Wan , 
Apabila Kami Sama-Sama Menjadi Fasilitator Di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya . 
Hasil Usahasama 
Vertical Leading Solutions (VLS) Dan Muslim Quranic Youth (Al-Muqri)

Seorang yang Lemah-lembut , Budi pekerti , Pelawak Dan Yang Paling Saya kagumi Adalah Bakat Beliau Dalam Mengendalikan Program .

Buat saudara Wan Azizul 
Semoga Allah permudahkan segala urusan dakwah anda
semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang . 



Rabu, 20 Ogos 2014

KESILAPAN MENDIDIK ANAK KECIL MEMBUAT IBUBAPA MERANA SEUMUR HIDUP





Beberapa kejadian yang berlaku di hadapan kami pada sebilangan anak-anak tetamu agak menakutkan. Ada anak yang menjerit-jerit melawan ibubapanya sewaktu bertamu. Ada yang ‘tidak makan saman’. Walaupun ibu bapa sudah menjerkah mereka dengan nada suara yang amat tinggi, anak-anak tetap meneruskan perlakuan yang tidak diingini.

Ada yang membuka pintu-pintu bilik dan kenderaan sesuka hati, ada yang meramas buah yang disajikan, ada yang berlari kesana ke mari depan orang tua, ada yang memanjat kerusi meja dan sebagainya. Kami amat mengerti perasaan ibubapa itu kerana sebahagian kami juga pernah mengalaminya sebelum ini.

Dalam satu kes, ada anak berusia sekitar 6-7 tahun mengherdik bapanya dengan perkataan ‘bapak bodoh’. Apabila ibunya bangkit menengking sepantas kilat terbit kata-kata ‘emak babi’. Bapa saudaranya yang tidak tahan melihat kelakuan itu terus sekuatnya menghempuk kepala budak itu dengan telefon sampai membuatkan kami tercengang. MasyaAllah.. anak itu boleh mati dihentak.

PEDOMAN MENDIDIK ANAK DI AWAL USIA

Melihat kepatuhan ‘kebanyakan’ anak-anak RPWP (belum semuanya), ramai ibubapa bertanya apakah rahsianya sehingga anak-anak pelbagai peringkat umur seramai itu boleh dibentuk akhlaknya. Kami hanya mampu katakan kami cuba ikut apa sahaja pedoman dari alquran dan sunnah.

Antaranya, Alquran mengajarkan agar anak-anak diajar menggunakan pendengaran, pengelihatan dan hati. Ajar anak menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua. Allah haramkan seorang anak dari membantah ibubapa walau dalam apa jua bentuk, waimah berkata ‘ahhhh’ sekalipun. Bagi kami apabila anak tidak menyahut panggilan dengan pantas, atau menyahut dengan acuh tak acuh juga sudah dikira membantah. Apatah lagi jika dipanggil tidak datang, disuruh tidak mahu pergi. Itu semua termasuk dalam katagori berkata ‘ah’ bagi kami.

Antara contoh sunnah pula ialah pesan Nabi SAW agar kita ajar anak dari buaian hingga ke liang lahad. Maknanya, pendidikan anak harus bermula awal, sebelum mereka mumayyiz lagi. Jika kita lambat mengisi jiwanya, maka fahaman jahat (regime syaitan) akan cepat merasuk dan mengambil tempat. Kerana itulah kita disaran memperdengarkan seruan Allah yang diritualkan melalui azan oleh si ayah sebaik sahaja mereka lahir, diteruskan pula dengan alunan naluri tasbih, tahmid, tahlil dan selawat oleh ibu.

PENDIDIKAN DAN KASIH SAYANG - TANGGUNGJAWAB KHUSUS TERHADAP ANAK YATIM

Sebenarnya kebanyakan anak-anak yang diserahkan kepada kami juga membawa pelbagai kerosakan akhlak. Hakikatnya apabila kematian bapa, maka kebanyakan anak-anak yatim akan kehilangan pengatur atau murobbi walaupun sebahagian mereka mendapat cukup sara hidup.

Ada di kalangan anak yatim ini awalnya berkemampuan dan ada harta tinggalan ibubapa mereka. Sebahagiannya mendapat simpati masyarakat melalui sumbangan derma yang banyak, terutamanya apabila kematian ibubapa mereka itu agak sadis dan mendapat liputan meluas. Namun dek kerana tiada bimbingan, maka dengan sekelip mata harta tinggalan ibubapa atau sumbangan orang ramai itu sendiri telah membuatkan mereka semakin liar dan membuatkan mereka diherdik.

Itulah tanggungjawab khusus yang telah Allah wajibkan kepada semua yang mahu mengaku beragama dengan agama Allah. Kerana itu dalam surah al-Ma’un, Allah sebut tentang ‘membiarkan’ atau ‘mengherdik’ anak yatim. Bagi anak yatim yang terlantar atau miskin, maka tanggungjawab kita juga termasuk membantu mereka dalam soal makan minum.

Ironinya, kebanyakan dari masalah akhlak anak-anak ini jelas dapat kami kesan bermula dari awal, iaitu semasa ibubapa mereka masih hidup lagi. Kes yang kami sebut di atas tadi adalah salah satu daripadanya, iaitu kerosakan akhlak seawal itu dilihat di hadapan ayah ibu kandung mereka sendiri.

Antara bukti lain ialah apabila ditanyakan pada mereka bila mula merokok, mula meliwat atau sodomy, mula melihat video lucah, hisap dadah, minum arak, bergaduh dan sebagainya, maka ada anak seumur 9-12 tahun yang mengaku telah mula melakukannya sejak darjah satu. Padahal bapanya baru meninggal setahun lalu.

Ada yang mengaku pernah melakukannya bersama abang kandung, ada yang kata pernah melihat video lucah melalui telefon atau komputer bapanya, ada yang melihat sendiri bagaimana abangnya meniduri teman wanita ketika ibubapa tiada di rumah, bahkan melihat senggama ibubapanya, ada yang dipengaruhi rakan sekolah dan macam macam lagi.

Kerana perintah Allah itulah maka kami cuba sedaya upaya untuk memulihkan apa sahaja tahap kerosakan akhlak anak-anak ini seperti anak sendiri. Bukan sekadar menternak mereka. Selepas akhlak mereka terbentuk, barulah kami cari jalan untuk memajukan akademik mereka bersama pihak sekolah.

Namun begitu ada juga sebahagian yang terpaksa kami ambil alih sepenuhnya dari pihak sekolah. Ini kerana pihak sekolah ada banyak urusan untuk menangani anak-anak murid yang ramai sedangkan anak-anak yatim ini memerlukan perhatian khusus dan sepenuh masa untuk memulihkan semula akhlak mereka.

Untuk kes-kes berat, maka kami terpaksa tumpukan pada pemulihan akhlak. Kami persiapkan mereka dengan bidang pendidikan agama melalui pengajian tahfiz dan bidang iktisas di RPWP sahaja. Ini kerana kami tidak mahu mereka yang sudah tidak minat belajar ini menggunakan masa belajar di sekolah untuk berkeliaran. Ini akan menjadikan mereka semakin rosak bahkan boleh merosakkan orang lain di sekolah.

BILA GAGAL MENDIDIK DARI AWAL, KITA AKAN SIBUK MEMBAIK PULIH.

Kepada ibubapa yang bertanyakan tips untuk menghindari masalah kerosakan akhlak dari peringkat awal ini, ingin kami rujuk kepada sunnah rasulullah SAW seperti di atas. Kami gunakan fasa 7 yang berulang dengan menekankan pembangunan sahsiah anak-anak sahaja dahulu pada 7 tahun pertama.

Kami cuba bimbing mereka agar jadi mumayyiz dengan betul di peringkat awal. Ini kerana ramai anak-anak yang terbiar telah menjadi ‘mumayyiz’ dengan cara yang salah. Perkara buruk mereka anggap baik dan begitulah juga sebaliknya. Mereka banyak terdedah dan telah terlanjur ‘meniru’ contoh yang salah namun mereka rasakan itu ‘betul’.

Anak-anak kecil di bawah umur 7 tahun tidak terlalu kami tekankan dengan pembelajaran kalam, atau teks dalam bilik darjah. Kami banyakkan pembelajaran alam dengan melatih mereka menggunakan fungsi pendengaran, pengelihatan dan hati sepertimana arahan Allah dalam quran.

Antara kaedahnya ialah melalui latihan pergaulan dan tolong menolong. Kami campurkan mereka dengan rakan sebaya yang telah terbina sahsiahnya agar mereka dapat mengikuti contoh yang baik dan menerima ‘standard’ akhlak dari jemaah rakan sebaya mereka. Sementara itu kami jadikan rakan sebaya yang sudah agak baik akhlaknya untuk mendampingi dan mengapit mereka, melapurkan kepada kami beberapa kali sehari akan segala salah laku yang berlaku untuk kami kenalpasti dan perbaiki.

KESAN BUDAYA MENJERKAH DAN MENENGKING ANAK DI PERINGKAT AWAL

Budaya ini adalah antara kesilapan besar yang dapat kami kesan dari kajian dan pengalaman kami. Selain dari itu penerapan ‘rule and regulation, boundary and limitation’ juga amat penting. Ramai ibubapa membiarkan habit anak yang berkeliaran tanpa sebarang tegahan, tanpa menyediakan batas dan sempadan, tanpa menerangkan dengan bahasa mudah tentang pengatur dan aturan.

Lebih parah lagi apabila anak-anak ini melihat contoh buruk dari habit ibubapa dan keluarga sendiri serta manusia di sekitarnya. Mereka sering melihat ibubapa menjerkah dan menengking orang tua mereka, isteri menengking suami, kakak menengking abang dan sebagainya.

Di peringkat awal pembangunan sahsiah, kanak-kanak hidup dengan pengaruh semasa (live in moment). Mereka belajar dari apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar. Menumpukan kepada pembelajaran teks dan angka akan memakan masa mereka yang seharusnya digunakan untuk membentuk sahsiah di peringkat itu.

Apabila akhlak mereka terabai, maka kerosakan itu akan bertambah hari demi hari. Akhirnya ibubapa jadi kelamkabut untuk membentuk mereka. Ini menjadikan ibubapa kurang sabar dan meluat dengan perangai mereka.

Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan meninggikan suara atau menghukum mereka dengan ganas. Jika ibubapa masih boleh sabar, amah, pengasuh atau guru pula tidak mampu sabar. Maka banyaklah kes anak yang didera guru dan pengasuh sampai ramai yang maut atau cedera.

KESIMPULAN

Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Dekatkanlah diri kita pada anak sejak ia lahir mengikut keperluan. Jangan kelek anak sepanjang masa ketika ia bayi kerana itu akan memanjakan mereka. Ajar bayi kita berdikari sejak awal. Tetapi harus letakkan mereka di jarak yang mampu kita pantau dengan mata dan telinga.

Ibu khususnya harus sensitif dengan tangisan anak. Jangan biarkan anak menangis lebih dari 10 saat tanpa telinga kita mengesannya. Sebelum anak itu pandai berkata-kata, tangisan itu adalah bahasa komunikasi mereka dengan kita. Jika dapat secepat itu kita layani panggilan mereka insyaAllah mereka tidak akan meninggikan nada tangisan mereka untuk seolah-olah menengking kita.

Demikian juga fungsi mata. Sentiasalah perhatikan gerak geri bayi kita. Jika ia merangkak atau berjalan ke tempat yang tidak dapat kita lihat, apatah lagi menuju ke tempat bahaya, maka segera tegah dan panggil mereka. Tunjuk bahasa badan atau memek muka tanda marah jika mereka enggan.

Jika akhlak anak sudah terbentuk, kemajuan akademik akan berjalan sendiri. Namun jangan pula biarkan mereka dipengaruhi dengan persekitaran yang buruk. Ibubapa juga jangan tengking menengking atau bergaduh depan anak. Sebaiknya jangan langsung diamalkan budaya itu sama sekali walaupun di belakang anak.

Para isteri harus tunjukkan budaya patuh dan redha pada suami depan anak-anak. Sesuai dengan sifat nisak, sentiasalah berkata lembut, berwajah manis dan banyakkan memohon maaf atau istighfar pada suami, khasnya jika suami anda jenis yang beriman dan matang.

Jika suami memang jenis ganas dan bersifat Fir’aun, banyakkan bersabar dan mengalah. Janganlah suka melayan berang suami. Matikan perbalahan dengan meninggalkan suami yang sedang berang dengan cara yang baik. Nasihati anak agar memaafkan bapa yang tidak berakhlak agar anak tidak meniru sifat itu. InsyaAllah anak anda akan tetap terbentuk dan ia bakal jadi penawar apabila besar kelak, sekalipun anda terpaksa bercerai dengan suami anda yang macam Firaun itu.

Jika terpaksa memarahi atau menghukum anak di bawah 7 tahun, jauhi nada tinggi. Banyakkan berbicara dengan bahasa yang mudah mereka faham untuk menerapkan sikap yang ingin kita bentuk. Cuba usahakan agar menghukum dengan wajar jika mereka buat salah. Jika perlu memperkenalkan rotan pun, lakukanlah dengan tenang dan senyum. Beri penjelasan mengenai kelakuan yang anda tidak suka.

Itu semua akan mengajar mereka untuk menjadi orang yang sensitif dan rasional. Ajar mereka berinteraksi penuh adab dengan kita dan sesama mereka. Banyakkan berbicara dengan anak, sekali sekala bergurau dan melawak bagi mengajar mereka keperluan untuk senyum, marah, suka dan duka dalam kehidupan. Bagi yang belum berkesempatan, link video berikut mungkin dapat memberikan sedikit gambaran.

http://prihatin.net.my/v3/2013/09/09/parenting-tips-11-supplement-video-ijal-toya-kena-rotan/

http://prihatin.net.my/v3/2013/09/09/parenting-tips-11-membangunkan-anak-dari-tidur/

Semuga bermanfaat. Selamat mencuba.

Tips parenting
WARGA PRIHATIN

Selasa, 12 Ogos 2014

Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong berminggu-minggu, akhirnya berjaya keluar dengan selamat




Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap dalam terowong bawah tanah dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.

Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam. Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.

______________________________________________________

Lubang keluar dari terowong itu telah musnah dan tertutup apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya dengan peluru berpandu. Ini menjadikan mereka terperangkap dalam terowong dengan kedalaman 25 meter dari atas tanah.

Seorang komander berkata : "Setelah tempoh gencatan senjata bermula, pasukan bomba dan penyelamat berusaha menggali semula terowong yang telah terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 23 orang mujahidin berjaya keluar dengan kesihatan yang cukup baik."

Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata : "Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju tersebut. Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan separuh gelas air yang kecil setiap hari."

Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu terperangkap.

Mujahidin itu menambah lagi : "Ini adalah satu anugerah yang diberi Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."

Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#ICC4Israel

Sabtu, 9 Ogos 2014

senarai produk keluaran Muslim Bumiputera sebagai alternatif


Kebanyakannya ramai dah tahu barang yang mesti diboikot. Kali ni nah, senarai produk keluaran Muslim Bumiputera sebagai alternatif. Harap bermanfaat untuk semua.

1. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)

2. Minyak Masak 
-Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)


3. Susu Pekat Manis 
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)


4. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)

5. Mee Segera 
- SajiMee Saji (FGV-FELDA)
- ADABI


6. Beras - FAEZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera


7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis
- Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya 
- JALEN (Johor)
- Mudim (Kedah)


9. Sos Cili/Tomato/Tiram 
- ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)


10. Cuka Buatan 
- Mudim 
- Rohaya


11. Tepung Gandum 
- FAEZA


12. Tepung Perasa/ Goreng 
-ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)


13. Rempah Masak 
– ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans


14. Kunyit – AGROMAS

15. Jagung Tin manis – ADABI

16. Pasta spaghetti – ADABI

17. Santan Paket 
– ALIF (Sime darby)


18. Taucu 
– JALEN
- Tamin


19. Jus Pekat Buah2an 
– Tamin


20. Perasa Ros Sirap 
– Rohaya, Tamin


21. Mayonis 
-Mayo Saji (FELDA)


22. Marjerin 
- Pelangi Delima Oil(FELDA)


23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)

24. Jem 
- Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strwaberry
– AGROMAS


25. Kopi 3-in-1
- ADABI
-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
-Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)


26. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)

27. Frozen Daging Burger/ Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS

28. Sardin Agromas

29. Sardin Pertima

30. Bihun Sufi

31. Mi Kuning Sufi

32. Kuey Teow Sufi

33. Garam Sufi

34. Sos Lada Hitam Sufi

35. Sos Cili/Tomato Sufi

36. Kicap Masin/Manis Sufi

37. Tepung Goreng Sufi

38. Minyak Masak Sufi

39. Telur Cap Sufi

40. Ubat gigi Najwa

41. Ubat gigi Halagel

42. Tepung gandum Cap Bidara

43. Jus minuman Safina

44. Syampoo D'herbs

45. Bihun Kampung

46. Rempah- Imans

# kalau ada penambahan, boleh kongsi sama #

Khamis, 7 Ogos 2014

Ibu, bayi hilang ditemui selamat



Nor Syamila dan Muhamad Aqifshamil ditemui di Balai Polis Tapah dalam keadaan selamat.

Alor Gajah: Seorang wanita dan bayinya berusia dua bulan yang dilaporkan hilang di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh di sini, Isnin lalu, ditemui selamat di Tapah, Perak, semalam. 

Nor Syamila Md Nor, 27, dan Muhamad Aqifshamil yang ditemui orang ramai dalam keadaan lemah, dihantar ke Balai Polis Tapah jam 11.55 pagi. 

kereta dipandu wanita itu kehabisan minyak sebelum ditemui orang awam di tepi jalan sebelum menghantar mereka ke balai polis. 

Suami mangsa, Mohd Razis Rubaahi, 27, bersyukur kerana isteri dan anaknya selamat walaupun keadaan mereka agak lemah selepas hilang kira-kira 48 jam. 

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu berkata, dia mengetahui isteri dan anaknya ditemui selepas dihubungi oleh anggota polis. 

“Syukur tidak terhingga kerana doa saya dan rakan yang bersimpati dengan musibah ini... akhirnya isteri dan anak saya ditemui,” katanya. 

Dalam kejadian Isnin lalu, wanita itu yang memandu kereta membawa bersama anaknya untuk pulang ke Lumut selepas berhari raya di kampung di Johor. 

Muntah darah 

Ketika singgah di surau R&R Ayer Keroh, wanita itu dikatakan muntah darah sebelum pengsan. Dua beranak itu kemudian dihantar ke klinik di Melaka oleh seorang lelaki yang kemudian menghubungi Mohd Razis untuk memaklumkan kejadian itu. 

Berita kehilangan dua beranak itu turut tersebar di laman media sosial. 
Mohd Razis yang gagal menghubungi semula lelaki berkenaan, membuat laporan di Balai Polis Seri Manjung, jam 2 petang kelmarin. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, berkata siasatan awal mendapati wanita bersama anaknya itu berhenti rehat sebelum muntah darah dan dihantar seorang lelaki ke sebuah klinik di Alor Gajah. 

“Lelaki itu meninggalkan dua beranak itu di klinik kerana bergegas ke tempat kerja sebelum menyedari barangan berharga milik mangsa tertinggal di dalam keretanya. 

“Disebabkan kejadian itu, suami mangsa gagal mengesan isteri dan bayinya, sebelum mereka ditemui selamat pagi tadi (semalam),” katanya.

sumber : Berita Harian

Selasa, 17 Jun 2014

Puisi Sangka Sangka

PUISI SANGKA-SANGKA


Manusia hari ini suka sangka-sangka 
Ada sangka baik Ada sangka buruk ..
Orang beribadah disangka riak 
Orang rileks disangka malas 
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
 Orang berpakaian buruk disangka hina ..
Orang makan banyak disangka pelahap
 Orang makan sedikit disangka diet ..
Orang yang senyum disangka mengejek
 Orang yang masam disangka merajuk .
Orang berbincang disangka mengumpat ..
Orang yang diam disangka menyendiri 
Orang yang menawan disangka menggoda 
Orang yang ceria disangka mengada ..
Orang yang bertanya disangka menyibuk Hakikatnya... 
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah 
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa 
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
 Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
 Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya 
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya 
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya 
Justeru itu….
 Sesuatu perkara yang kita lihat Jangan suka sangka-sangka Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa Kerap sangka-sangka mengundang celaka 
Jangan terlalu bersangka-sangka Jauhi sikap sangka-sangka


 "يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
 "Wahai orang-orang yg beriman, jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.." (AlHujurat:12)

Rabu, 7 Mei 2014

Kisah Anak Khalifah Harun Al Rasyid Rahmatullah Alaihi

Khalifah Harun Ar Rasyid rah.a mempunyai seorang putera sekitar enam belas tahun. Ia sering bergaul dengan para ahli zuhud dan tokoh-tokoh agama pada masa itu. Ia sering mengunjungi tanah kuburan, duduk di tepi kubur dan berkata, “Ada masanya ketika kamu tinggal di dunia ini dan kamu sebagai tuannya, tetapi ternyata dunia tidak melindungimu dan nasibmu berakhir di kubur. Seandainya aku tahu apa yang engkau alami sekarang ini, tentu aku ingin mengetahui apa yang kamu katakan dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan kepadamu.”

Ia sering membaca syair :

Pemakaman menakutkanku setiap hari dan ratapan wanita-wanita yang berduka cita membuatku sedih.

Pada suatu hari, anak itu datang ke istana ayahnya Harun Ar Rasyid, yang sedang duduk bersama ajudan pribadinya, para pejabat dan tamu-tamu terhormat lainnya. Sedangkan puteranya itu berpakaian sangat sederhana, dengan sorban di kepalanya. Ketika orang-orang istana itu melihatnya demikian, mereka berkata, “Keadaan anak ini menghina Amirul Mukminin di hadapan para bangsawan, jika ia dapat memperingatkannya, mungkin anak itu akan menghentikan kebiasaannya.”

Khalifah mendengar ucapan itu, maka ia berkata kepada anaknya, “Anakku sayang, engkau telah mempermalukanku di hadapan para bangsawan.”

Anak itu tidak berkata sepatah katapun atas ucapan ayahnya. Bahkan ia memanggil seekor burung yang bertengger di dekat situ, “Wahai burung, aku memohon kepadamu, demi Dzat yang menciptakanmu, datanglah dan duduklah di atas tanganku.”

Burung itu terbang menghampirinya dan hinggap di atas tangannya. Kemudian anak itu menyuruhnya terbang lagi, dan burung itu pun terbang lagi ke tempat semula. Kemudian ia berkata kepada ayahnya, “Ayahku sayang, sesungguhnya kecintaanmu kepada dunia inilah yang memalukan diriku. Aku telah memutuskan untuk berpisah denganmu.” Setelah berkata demikian, ia pergi hanya berbekal Al Quran saja.

Ketika ia memohon pamit kepada ibunya, ibunya memberi sebuah cincin yang sangat indah dan mahal, (agar ia dapat menjualnya jika ia memerlukan uang). Anak laki-laki itu pergi ke Basrah, dan bekerja bersama para buruh. Namun ia hanya bekerja pada hari Sabtu saja. Dan ia gunakan upahnya sehari untuk satu minggu, dengan menggunakan (satu danaq) seperenam dirham setiap hari.

Kisah selanjutnya diceritakan oleh Abu Amir Bashri rah.a., ia berkata, “Pada suatu ketika, sebelah dinding rumahku roboh dan aku membutuhkan seorang tukang batu untuk memperbaikinya. Ada seseorang yang memberitahuku bahwa ada seorang anak laki-laki yang dapat mengerjakan pekerjaan tukang batu. Maka akupun mencarinya. Di luar kota, aku melihat seorang pemuda tampan sedang duduk di tanah sambil membaca al Quran dengan sebuah tas di sisinya. Aku menanyainya, apakah ia mau bekerja sebagai buruh? Ia menjawab, “Tentu, kita telah diciptakan untuk bekerja. Pekerjaan apakah yang tuan inginkan untukku?”

Kukatakan bahwa aku membutuhkan seorang tukang batu untuk mengerjakan bangunan. Ia berkata, “Aku mau asalkan upahku satu dirham dan satu danaq sehari. Dan aku akan berhenti kerja dan pergi ke masjid bila tiba waktu shalat, kemudian kulanjutkan pekerjaan tersebut setelah shalat.” Aku menyetujuinya.

Akhirnya ia ikut bersamaku dan mulai mengerjakan dinding itu. Pada sore harinya, aku kembali, dan aku sangat terkejut melihat bahwa ia telah melakukan pekerjaan seperti sepuluh orang tukang batu yang mengerjakannya. Akupun memberinya dua dirham. Tetapi ia menolak upah yang melebihi satu dirham dan satu danaq. Kemudian ia pergi hanya dengan upah yang telah disetujui.

Keesokan paginya, aku pergi lagi mencarinya, tetapi aku diberi tahu bahwa ia hanya bekerja pada hari Sabtu saja. Dan tiada seorangpun yang dapat menemukannya pada hari-hari lainnya. Karena aku sangat puas dengan pekerjaannya, maka kuputuskan untuk menunda pembangunan dindingku pada Sabtu depan. Pada hari Sabtu itu, aku mencarinya lagi dan kudapati ia di tempat yang sama sedang membaca al Quran sebagaimana biasa. Aku mengucapkan salam kepadanya, “Assalamu Alaikum.”

“Wa Alaikumus Salam.” Balasnya.

Ia bersedia bekerja lagi untukku dengan syarat yang sama. Ia pun ikut bersamaku dan mulai mengerjakan dinding itu lagi.

Disebabkan rasa heranku, bagaimana ia dapat mengerjakan pekerjaan sepuluh orang pekerja seorang diri seperti pada hari Sabtu yang lalu, maka akupun mengintipnya bekerja tanpa sepengetahuannya. Aku melihatnya dengan sangat takjub, bahwa ketika ia meletakkan adukan semen di dinding, maka batu-batu itu dengan sendirinya menyatu. Akhirnya aku sadar dan meyakini bahwa anak itu adalah kekasih Allah Swt.Sebagaimana hamba-hamba-Nya yang khusus saja yang mendapatkan pertolongan ghaib seperti itu dari Allah Swt.

Sore harinya, aku ingin memberinya tiga dirham, tetapi ia hanya mengambil satu dirham dan satu danaq kemudian pergi, sambil berkata, “Aku tidak membutuhkan lebih dari ini.” Aku menunggu minggu berikutnya, lalu aku mencarinya pada Sabtu berikutnya, tetapi aku tidak berhasil menemukannya.

Aku bertanya kepada orang-orang. Ada seorang laki-laki memberitahuku bahwa anak itu sedang mengalami sakit selama tiga hari dan berbaring di tempat yang sepi. Kemudian aku membayar seseorang untuk mengantarkanku ke tempat itu. Setibanya di sana, ia sedang berbaring di atas tanah tak sadarkan diri. Kepalanya berbantalkan sepotong batu. Aku menyalaminya, tetapi ia tidak membalasnya. Aku berkata, “Assalamu Alaikum.” lebih keras lagi. Ia membuka matanya sedikit dan mengenaliku. Aku baringkan kepalanya di pangkuanku, tetapi ia kembali meletakkan kepalanya di atas batu, dan membaca beberapa syair. Dua diantaranya masih kuingat, berbunyi demikian :

“Wahai kawanku, janganlah engkau terpedaya dengan kemewahan dunia. Karena hidupku akan berlalu. Kemewahan hanyalah untuk sekejap mata. Dan bila engkau mengusung jenazah ke pemakaman, ingatlah suatu hari engkaupun akan diusung ke pemakaman.”

Kemudian anak itu berkata kepadaku, “Abu Amir! Jika ruhku telah melayang, mandikanlah aku dan kafanilah aku dengan pakaian yang kupakai sekarang.”

Sahutku, “Sayangku, aku tidak keberatan membelikan kain baru untuk kafanmu.”

Ia berkata, “Orang yang masih hidup lebih menginginkan pakaian yang baru daripada yang mati.”

Anak itu menambahkan, “Kafan (lama ataupun baru) akan segera membusuk. Yang tinggal dengan seseorang setelah kematian adalah amal perbuatannya. Berikan sorban dan kendi airku kepada penggali kuburku dan jika engkau telah memakamkanku, sampaikan al Quran dan cincin ini kepada khalifah Harun Ar Rasyid. Tolonglah agar langsung ke tangannya dan katakan kepadanya, “Benda-benda itu dipercayakan kepadaku oleh seorang lelaki asing yang memintaku untuk menyampaikannya kepada engkau dengan pesan, “Wahai ayah, perhatikanlah, jangan sampai engkau meninggal dalam kelalaian dan terpedaya oleh dunia.”

Dengan kata-kata itu di bibirnya, anak itu meninggal dunia. Saat itu barulah kusadari bahwa anak itu adalah seorang pangeran.

Setelah wafat, akupun memandikannya, mengafaninya dan membaringkannya dalam kubur sesuai dengan pesannya. Lalu kuberikan sorban dan lothanya kepada penggali kuburnya. Kemudia aku pergi ke Baghdad untuk menyampaikan cincin dan al Quran kepada khalifah.

Sungguh beruntung, setibanya aku di sana, baru saja iringan khalifah keluar istana. Aku berdiri di sebuah tempat yang agak tinggi sambil memperhatikan pawai itu. Tidak lama kemudian keluarlah satu pasukan terdiri dari seribu orang berkuda, diikuti oleh sepuluh pasukan lagi yang masing-masing terdiri dari seribu orang berkuda.

Diantara pasukan yang terakhir, terlihatlah Amirul Mukminin, maka akupun langsung memanggilnya dengan berteriak, “Amirul Mukminin, aku mohon kepadamu, atas nama hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah Saw., berhentilah sebentar.”

Amirul Mukminin berhenti dan melihat sekeliling, lalu aku maju kedepannya dan menyerahkan kedua benda amanat dari almarhum putera pangeran itu, lalu aku berkata, “Benda-benda ini telah dipercayakan kepadaku oleh seorang pemuda asing yang kini telah meninggal dunia, ia berwasiat agar benda-benda ini disampaikan langsung ke tangan tuan.”

Khalifah memandangi cincin dan al Quran itu sambil menundukkan kepalanya dengan sedih. Aku melihat air matanya mengalir, kemudian ia menyuruh pengurus istana untuk mengantarku ke istananya. Aku tinggal bersama pengurus istana itu.

Setelah khalifah kembali pada sore harinya. ia menyuruh agar tirai-tirai istana diturunkan, dan menyuruh pengurus istana agar agar membawaku ke hadapannya, kemudian ia berkata, “Lelaki itu hanya akan menimbulkan kesedihan bagiku.”

Pengurus istana menemuiku dan berkata, “Amirul Mukminin memanggilmu, namun ingatlah, jiwanya sedang bergoncang. Jika engkau ingin mengatakan sesuatu dalam sepuluh kata, cobalah mengatakannya dengan lima kata saja.”

Kemudian ia mengantarkanku ke kamar pribadi khalifah. Kulihat khalifah sedang duduk seorang diri, lalu ia menyuruhku untuk duduk di dekatnya. Ia bertanya kepadaku, “Apakah kamu mengenal anakku?”

Jawabku, “Ya.”

Ia bertanya, “Apa saja yang ia lakukan untuk menafkahi hidupnya?”

Kukatakan bahwa ia bekerja sebagai tukang batu. Amirul Mukminin bertanya, “Apakah engkau juga pernah mempekerjakannya sebagai tukang batu?”

Aku berkata, “Ya, pernah kulakukan.”

Amirul Mukminin berkata, “Apakah tidak terpikir olehmu, bahwa ia berhubungan keluarga dengan Rasulullah Saw.?” (Harun Ar Rasyid adalah keturunan Abbas r.a. paman Rasulullah Saw.)

Jawabku, “Wahai Amirul Mukminin! Pertama aku memohon ampun kepada Allah Swt. dan aku meminta maaf kepadamu, karena aku mengetahuinya setelah ia meninggal dunia.”

Khalifah berkata, “Apakah engkau memandikannya dengan tanganmu sendiri?”

Aku berkata, “Ya.”

Ia berkata, “Biarlah kusentuh tanganmu.” Kemudian ia memegang tanganku ke dadanya dan mengusap-usap dadanya dengan tanganku, lalu ia membaca beberapa bait syair yang bunyinya :

“Wahai engkau yang menjauhkan dariku.
Hatiku larut dalam kesedihan atasmu.
Mataku mengalirkan air mata penderitaan.
Wahai engkau yang jauh pemakamannya.
Terlalu jauh. Kesedihanmu lebih dekat di hatiku.
Benar, kematian itu membingungkan kesenangan yang tertinggi di dunia.
Wahai anakku yang menjauh dariku.
Engkau bagai bulan yang tergantung di atas dahan perak.
Bulan telah menetap di kubur, sedang dahan perak menjadi debu.”

Kemudian Harun Ar Rasyid memutuskan untuk pergi ke Basrah mengunjungi makam puteranya dan aku menemaninya. Ketika berdiri di sisi makam puteranya, Harun Ar Rasyid membaca syair berikut ini :

“Wahai pengembara ke alam yang tidak diketahui.
Tidak akan engkau kembali ke rumah.
Kematian telah merengutmu di awal masa remajamu.
Wahai penyejuk mataku, engkaulah pelipur laraku.
Kediaman hatiku, di kesunyian.
Engkau telah merasakan racun kematian.
Yang seharusnya ayahmulah yang minum di usia tuanya.
Sungguh setiap orang akan merasakan kematian.
Apakah ia seorang pengembara atau penduduk kota.
Segala puji bagi Allah Yang Esa. Yang tidak mempunyai sekutu.
Karena ini adalah bukti dari keputusannya.”

Pada malam berikutnya setelah menunaikan kebiasaan ibadah harianku, dalam tidurku aku bermimpi melihat sebuah istana berkubah penuh nur. Di atasnya ada awan dari nur yang menaunginya. Dari awan nur itu keluarlah suara almarhum pemuda itu yang berkata, “Abu Amir, Semoga Allah Swt. menganugerahimu pahala terbaik.”

Aku bertanya kepadanya, “Sahabatku, apa yang telah engkau alami di alam sana?”

Ia berkata, “Aku telah diakui di hadapan Tuhanku Yang Maha Pemurah dan Yang merasa senang denganku. Ia telah memberiku karunia yang mata tidak pernah melihatnya, telinga tidak pernah mendengarnya dan akal tidak dapat memikirkannya.”

Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, “Di dalam Taurat tertulis bahwa Allah Swt. menyiapkan suatu karunia bagi mereka yang meninggalkan tempat tidurnya untuk menangis kepada Tuhan mereka (dalam shalat Tahajjud) yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya, tidak pernah terpikirkan oleh akal seseorang dan tidak ada seorangpun atau malaikat yang mengetahuinya, dan tidak pernah diketahui oleh siapapun. Allah Swt. berfirman di dalam al Quran :

“Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
(As Sajdah ayat 17)

Kemudian arwah pemuda itu berkata kepadaku (dalam mimpi), “Allah Swt. telah berjanji kepadaku, bersumpah demi keagungan-Nya. bahwa Ia akan menganugerahi kehormatan dan karunia semacam itu kepada semua yang keluar dari dunia seperti aku, tanpa ternodai olehnya”

Penulis Raudh berkata bahwa kisah ini juga telah sampai kepadanya melalui periwayat yang lain. Ditambahkan dalam riwayat ini bahwa seseorang bertanya kepada Harun Ar Rasyid mengenai puteranya. Ia berkata, “Puteraku dilahirkan sebelum aku diangkat sebagai khalifah. Ia diasuh dan diajarkan adab dan sopan santun dengan sangat baik. Ia telah mempelajari al Quran dan ilmu-ilmu agama lainnya. Tetapi ketika aku diangkat menjadi khalifah, ia meninggalkanku dan pergi. Kebesaran duniawiku tidak memberikan kesenangan dalam hidupnya. Dan ia tidak ingin memanfaatkannya sedikitpun. Ketika ia akan pergi, aku meminta ibunya agar memberinya sebuah cincin mutiara yang indah. Namun ia menolak memakainya dan mengirimnya kembali sebelum ia wafat. Anak itu sangat patuh kepada ibunya.” (Raudh)

Harun Ar Rasyid rah.a, -yang puteranya tidak menyukai dunia- terkenal sebagai khalifah yang sangat shaleh dan budiman. Biasanya, jika seseorang memilki kekuasaan dan harta kekayaan, suka tergelincir dalam perbuatan-perbuatan buruk, tetapi sejarah membuktikan bahwa ia banyak terjun dalam hal agama. Selama masa kekhalifahannya, ia shalat nafil seratus rakaat setiap hari hingga wafatnya. Ia suka bersedekah dari saku pribadinya seribu dirham setiap hari. Ia juga memimpin pasukan jihad dan beribadah haji dua tahun sekali.

Apabila beribadah haji, ia membawa seratus alim ulama dan putera mereka bersamanya. Dan pada tahun-tahun ia berjihad, ia akan mengirim tiga ratus orang rakyatnya untuk pergi haji. Ia menanggung biaya-biaya perjalanan, makanan dan pakaian mereka. Ia memberikan pelayanan dan pakaian yang terbaik untuk mereka. Ia pun biasa memberi hadiah kepada siapapun yang meminta pertolongannya, dan menolong siapapun atas kehendaknya tanpa diminta. Ia sangat mencintai alim ulama, yang mendapat penghormatan tersendiri di istananya.

Suatu ketika, muhaddits terkenal Abu Muawiyah ad Dharir (bermakna yang buta) makan bersama Harun Ar Rasyid. Setelah makan, ketika ulama buta itu berdiri untuk mencuci tangannya, khalifah langsung mengucurkan air ke atas tangannya., dan berkata bahwa ia melakukan itu karena penghormatannya kepada ilmunya.

Abu Muawiyah ad Dharir rah.a. berkata, “Suatu ketika, pada saat aku menceritakan kepadanya tentang hadits Rasulullah Saw. tentang perdebatan antara Adam a.s. dan Musa a.s. ada seseorang laki-laki yang duduk di dekatnya berkata, “Di mana mereka telah bertemu?”

Mendengar hal ini, Harun Ar Rasyid langsung berseru marah, “Mana pedangku? Biar kupenggal leher orang zindiq ini. Ia berani membantah hadits Rasulullah Saw.?”

Dan Harun Ar Rasyid sering menangis keras bila ada nasehat yang ditujukan kepadanya. (Sejarah Baghdad- Al Khatib).

Sumber : Fadhilah Sedekah – Maulana Muhammad Zakariyya Rah.a.


Selasa, 6 Mei 2014

Masih Lagi Membela Pengganas Syria Yang Sebenar?

sebulan 1 hari , tak bertemu di muka blog , Akhirnya Allah panjangkan umur Bertemu kembali dalam medan dakwah ini . Alhamdulillah . 

sedikit perkongsi pada pagi yang barakah ini . isu Syria . 


Masih Lagi Membela Pengganas Syria Yang Sebenar?

Ini antara gambar-gambar mereka yang dipanggil 'pengganas' oleh sesetengah pihak.

Kekejaman Regim Bashar al-Assad ini sudah tiada maafnya lagi. Islam tidak mengajar kekejaman sebegini rupa. Tidak kira rumah ibadat, sekolah habis dibom semuanya. Anak kecil, wanita mengandung, orang tua semua menjadi mangsa.

Perhatikan gambar yang menceritakan seribu kepiluan hasil kekejaman yang telah dilakukan. Ini hanya sebahagian kecil dari berita sadis dan menyayat hati yang kita terima. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Maaf saya masih tidak faham bagaimana masih ada golongan yang membela Bashar ini. Saya pernah ke Syria pada tahun 2008 dan tinggal di sana untuk hampir 2 bulan.

Ketika itu memang saya dan rakan-rakan yang lain diminta jangan bercakap, menyebut atau menunjuk kepada gambar Bashar di papan-papan tanda kerana dibimbangi ditangkap oleh spy Bashar di sana.

Begitu kuku besi sekali si Bashar ini. Bapanya dulu, Hafiz Asad pernah mengebom satu daerah di Syria yang membunuh puluhan ribu nyawa. Hanya dalam satu malam!

Tolong jangan panggil rakyat Syria dan mereka yang ingin membantu rakyat yang tertindas ini sebagai Pengganas lagi.

*kredit to Warga Prihatin