Jumaat, 27 September 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak




Giveaway Saya Sayang Malaysia





Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia




1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser

AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha


4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….

saya sayang malaysia kerana kita duduk dalam negara yang aman damai

 Aku selalu bayangkan situasi kat negara2 yang berperang....macamana kalau aku ade kat tempat dieorang... Aku cakap jujur, kalau aku kat tempat yg tengah berperang, x aman, all the sounds of guns,boms...all kind of that stuffs...aku tak tahu la boleh survive ke tak...Aku berharap sgt2 supaya negara kita tak jadi mcm negara2 yang lain...So, sebagai rakyat,...kite kene sentiasa sokong kearah keamanan negara...jgn sampai timbul kacau bilau...hargailah ape yang kita ada sekarang...

 saya sayang malaysia kerana kita masih lagi ada makanan untuk dimakan

 Cuba bandingkan dgn negara2 yang hampir separuh rakyatnya starving...And we, live in a country with abundance of foods, all kind of foods, from our staple food which is rice, then with all the fruits, all kinds of veggies, fast foods..we have everything...just say what you want, and you get it....Imagine, how hard orang2 kat luar sana nak dapatkan roti, nasi, ape lagi nak dapat KFC, Chicken chop...its a dream come true kalau dieorang dapat semua tu...kalau kita tak makan makanan sedap pun, at least we still have foods to eat...so, once again, appreciate it...

 saya sayang malaysia kerana kita duduk dalam negara yang banyak kemudahan

 Hospitals- everywhere... Schools-everywhere...mosque-everywhere...church-everywhere..temple-everywhere., public transportation, and so much more..just name it..Kadang2 aku pernah jugak complain itu tak de, ini tak de...tapi aku sedar yang lebih ramai lagi org yg xpenah rase kemudahan2 kat negara dieorang...so, dr situ...timbullah rase kesyukuran kat hati aku....

 saya sayang malaysia kerana semua orang bebas mengamalkan kepercayaan kita..

 Bila dgr certain negara yang haramkan pakai tudung la, pakai ape2 yang melambangkan agama..aku rase marah...pakai tudung tak boleh?? menyekat hak asasi manusia?? menyekat perempuan dr bebas berpakaian?? Ape semua tu...macamana pulak dgn hak asasi perempuan2 yang memang nak bertudung?? Susah nye duduk kat negara mcm tu... dgn itu, aku rase bersyukur sgt dok kat Malaysia...sebab tak de larangan2 kurang cerdik mcm tu..alhamdulillah..

saya sayang malaysia kerana duduk dlm negara yang kaya dgn macam-macam khazanah alam

 First, kita kaya dengan natural resources...eg: ade minyak, then ade getah, kelapa sawit, mcm2 lagi lah... Then, kita kaya dgn budaya...cuba tengok time sambutan hari kemerdekaan..mcm2 jenis bangsa ada...then we live together..harmoni dan sejahtera...Lepas tu, kita kaya dgn mcm2 nilai sejarah....mcm kat melaka, mcm2 ada...bila kita tengok semua tu kita akan rase berharganya perjuangan org dulu2 untuk negara kita...so..dr situ kita insaf..negeri2 lain banyak jgk tempat2 historical, too many to mention here... well, we are not as strong as US,not as big as Russia..but we have something in common...unity...and may it last forever... sebenarnya banyak lagi yg aku nak tulis sebab2 knp aku SAYANG SANGAT kat malaysia..tapi...penat nak type..banyak sgt... Akhir kata, hargailah ape yang kita ada sekarang...Bersyukur, dan same2 lah kita kekalkan apa yg kita ada sekarang dan in sHa Allah kita tingkatkan pencapaian dimasa hadapan.... :)

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

Khamis, 26 September 2013

: Sampai Di Sini Saja

Hye u all's . Selamat petang :)
Alhamdulillah masih dipertemukan dalam medium dakwah ini . Macam mana keadaan iman antum hari ni ? Bertambah atau berkurang. . Sama-sama kita tingkatkan usaha dan amal untuk bekalan di akhirat sana :D amin 
Hari ni yana tada benda nak share sebenarnya . Cuma tangan ini rindu menaip :) yana nak share benda yang kecik kecik je . Apa yang yana lalui sepanjang tempoh yana berdiamkan diri . 
Tak banyak benda pun jadi , cuma yana nak kongsi 1 pengalaman yana berada di alam university . Kalau dah melangkah ke alam universiti orang yang paling rapat dengan kita adalah Kawan . Kalau kita berkawan dengan orang yang baik , maka baiklah kita . If kita tersalah memilih kawan . Berkawan dengan orang yang salah , kecundang lha kita .  Dekat alam universiti ni jugak , ada antara kita akan kenal erti cinta . Tak salah bila kita ingin bercinta , tapi perlu bAtaskan cara pergaulan kita . Andai bercouple , tolong jangan abaikan kawan -kawan anda . Bercinta berkasih itu perlu . Tapi jangan tinggalkan kawan anda .if suatu hari nanti anda break , anda akan menumpang BAHU kawan anda . Jadi hargailah persahabatan anda . Malaupun kadang-kadang . Kita bergaduh , bertikam lidah , lawan jeling . Benda ni semua fitrah . Normal k , apa yang berlaku , semua tu proses mematangkan kita 
Rasanya itu jela kod , yana nak share :) keep istiqamah with sunnah . Jaga diri , jaga iman , jaga pandangan :D
Semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan sentiasa berada di bwah payung keredhaanNya 
*Doa hari ni : 
YA ALLAH , YA TUHANKU 
Andai sahabat aku ini , adalah sahabataku di Syurga . Engkau kekalkanlah persahabatan ini Ya Allah . Kau rahmatilah kami . 
Amiin 
{Last duduk umah sewa with my lovely friends , Along , Wani , amal , insyirah and k.mas . Korang jaga diri ye . Dah dkat final exam ni , bace buku elok elok . Study smart keyh . Biltaufiqwannajah}

Khamis, 5 September 2013

duo-mega-giveaway-by-fiqa-nsz-adam-faiz

Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz


*KLIK BANNER*

Jom join duo mega giveaway oleh Fiqa Nsz dan Adam Faiz!
Hadiah Gempak habis!
16 hadiah untuk dimenangi seperti hp case, kain pasang sutera vietnam, kemeja, produk kecantikan, koleksi baju, topup dan banyak lagi!

cepat-cepat join sebelum giveaway tamat 20 September 2013! KLIK SINI!

Demi maruah adik, ibu




Rompin: Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit.

--SYUKUR MALAYSIA AMAN ! --

p/s : yg dihitamkan itu adalah aurat