Jumaat, 3 Ogos 2012

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :)


Ketika malam yang berlalu sepi , hatiku sebak mengenangkan engkau wahai sahabatku .. kenapa perlu engkau ? aku mula buntu .. kepergiaan kau mengecewakan aku .. aku mula rebah jatuh ke bumi ..  hatiku ingin menjerit kasakitan .. aku cemburu , kenapa perlu ada insan lain meminatimu , menyukaimu , mencintai mu .. Ya Allah .. aku tak mampu menahan perasaan ini .. kau tenangkan hatiku .. aku tahu dia bukan milikku.. 
Ya Allah 
..Engkau kuatkan hatiku untuk menempuhi ujianMu ini ..
Ya Allah 
.. Engkau sempurnakan imanku untuk terus mencintai bakal imamku tanpa aku melihat insan lain yang hadir dalam hidupku kelak ..
Ya Allah
.. Engkau jagalah dirinya untuk ku sebagai seorang sahabat
yang penah menegurku ketika ku alpa dan leka ..
sesungguhnya aku sangat menyayangi dirinya
Engkau kuatkanlah hatinya ketika dia berada di bumi anbiya' sana
Engkau bantulah dirinya ketika dia berada kesusahan 
ingin sekali aku melihat dirinya pulang dengan segulung ijazah kejayaan 
Ya Allah 
kau titipkanlah salam rinduku padanya..
Amiiinnn

SELAMAT JALAN SAHABATKU <3 p="p">
" KULLU A'MEN WAANTA BILKHAIR "
MA'AL TAUFIQ WANNAJAH
YA ZAMILI
 


Mengalah Untuk Tenang

Kata-kata dari saya, "sememangnya aku insan hina. sempurna sungguh dengan kekurangan sehingga tiada satupun dalam diriku yang mampu dibanggakan oleh aku atau siapa-siapa."

Kata-kata dari Andre Hirata, "hidup ini kadang-kadang mengerikan."

Tidak perlu bertahan untuk bersikap positif. Tidak perlu memperjuangkan rasa "tidak mengapa, aku boleh!" Tidak perlu bila sudah letih dan penat untuk berbuat demikian. Amat tidak perlu lebih-lebih lagi itu yang dibuku di dalam diri sekian lama. 

Ada waktu, perlu dilepaskan rasa itu. Rasa yang membuatkan kita kelihatan amat emosi, rasa ditenggelami lumpur sehingga sesak nafas. Ya... rasa itu. Rasa yang mempamerkan kelemahan kita. Biarlah mengalah. Mengalah dengan kata-kata yang menyesakkan. Kata-kata yang mampu memberi bekas dan parut dalam hati. Kata-kata yang membuatkan kita rasa kita ini dilahirkan ke dunia hanya untuk mengaut segala kekurangan seluruh insan di bahu. Yang hina yang kurang... Kerana rasa itu kadang-kadang memberikan rasa tenang. Tenang dan damai. Biarlah mengalah sekali ini. Atau sekali yang akan datang. Mungkin sekali dalam dua tiga tahun lagi.

Bukankah kita insan? Rasa itu menyedarkan kita cumalah insan. Sekali sekala biarlah kita sedar kita ini cuma insan yang serba kekurangan lagi hina. 





AKU CEMBURU PADANYA ...

Aku cemburu pada dia.
Ya, pada dia yang dapat menggapai impian dengan sokongan ramai. Tika saat aku mendapat khabar yang gembira dahulu, aku terpaksa lupakan kegembiraan aku demi kegembiraan orang lain.
Tapi hari ini, dan telah berkali-kali aku sentiasa diburu rasa cemburu.


Bila orang lain yang melakukannya, kau sangat suka.
Kau sokong. Kau tolong. Kau bagi dorongan.
Kenapa bukan masa ketika aku yang berada ditempat itu?


Aku memang sangat cemburu.
Kau selalu sebutkan kejayaan mereka.
Kau angkat kejayaan mereka kerana mereka sekian sekian.


Tapi kenapa semasa aku baru nak memulakan langkah, langsung tiada kata semangat untuk aku?
Kenapa tiada sokongan buat aku?


Sahabat berkata, mungkin ini jalan yang terbaik.
Berlapangkanlah dadamu.


Ya, aku cuba.
Dan aku tetap sentiasa cemburu dan rasa sedikit hiba bila mana aku ditempat itu tiada yang menyokong.
Tapi pabila orang lain ditempat itu, semua berbangga dengan dia.


Allah, lemah sungguh rasa keimanan ini tatkala mempersoalkan hal-hal remeh seperti ini.
Rendahnya rasa keimanan bila rasa cemburu sebegitu.
Mencuba untuk berlapang dada dan menurunkan rasa cemburu yang sangat menebal.


ya Allah ya Rahman. ya Allah ya Rahim. ya Allah ya Latif.


Terus melangkah.
Memandang kebelakang untuk memastikan kesilapan lalu tidak diulang.
Bukan memandang ke belakang untuk mengenang masa lalu yang membuatkan kita rasa jatuh dan lemah.

Rabu, 1 Ogos 2012



SEDALAM MANAKAH SETIAMU




takdir jua yang menentu segala
pertemuan yang tak diundang
gurau senda mesra yang kau pamerkan
membuat hati tertawan

walau kita masih baru mengenali
namun dapat aku rasakan
detik hati ini yang menyatakan
semaian kasih bercambah

terpaksalah aku menduga
sedalam manakah setia
dan takku sangkakn pesona
bisa merubah jiwa

ku bertanya pada diri ini
kerna apa aku kau cintai
salahkah ku cari keyakinan
walau aku serba kekurangan

andai engkau mengerti kasih
niat suciku ini....

walau dulu sering kau mengucapkan
hanya diriku yang kau sayang
mengapakah kini sering kau buntukan
pertanyaanku yang serupa

mungkin indah kehidupanmu kini
hingga kau lupa pada janji
yang kita semaikan penuh pengertian
antara kita berdua..

kiranya apa yang kau lakukan
untuk buatku bahagia
maafkanlah daku kekasih
tanpamu ku tersiksa

ku bertanya pada diri ini
untuk apa aku kau cintai
salahkah ku menduga dirimu
untuk aku bentuk keyakinan

kembalilah oh kekasih
aku setia menunggumu...

pasti nanti andai kau mengerti
kan ku serah hatiku padamu
kiranya hatimu yang terluka
aku jua pastikan merana

andai engkau mengerti kasih
niat suciku ini....

Sahabat, Saya sayang kamu!
Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”
Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”
Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”
Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”
Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”
Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”
Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”
Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”
Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya,
“Saya rindu kamu…~”
Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla.
Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.
Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat
Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan
Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan
Ya, keimanan!
Akan saya bersaksi di hadapan ALLAh SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.

Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita iaitu SUAMI ISTERI, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak dan lain-lain

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.