Sabtu, 25 Mei 2013

"Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

Jumaat, 24 Mei 2013

"1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha"



*
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat-NYa, Farisha berjaya menganjurkan
"1st Big Giveaway Diari Sedetik Lebih Farisha"
bersempena pertengahan tahun 2013
Kejap je masa berlalu,kan?

Pencarian Sponsor telah dimulakan pada 22/04/2013 dalam entry INI. Mula-mula nak mencari sponsor, teragak2 jugak takut tiada yang sudi sponsor. Tapi alhamdulillah, sponsor semua amat baik hati dan sporting! Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada sponsor-sponsor kerana menyokong 1st Big Giveaway ini

Jadi, pada hari ni, 15/05/2013 rasmilah pembukaan Big Giveaway ^.^ 
(sambil ambil mood potong ribbon merah..hehe).. 
Audience...Please Clapping your hands! :) Clap! Clap! Clap!!

Hadiah berjumlah RM 800.00 untuk dimenangi!! 
50 pemenang utama di cari!

Para peserta dikehendaki JUJUR ketika melakukan tugasan yang diberi. Semua tugasan adalah WAJIB sebab Hadiah yang akan diberi adalah berbaloi dengan usaha korang menyiapkan tugasan
(Seandainya korang menang Hadiah GA dari Sponsor yang terlibat dan didapati korang tak follow Blog/ like Facebook /add friend Facebook sponsor tersebut, automatik hadiah akan terbatal dan digantikan dengan pemenang baru)

Antara syarat-syarat penyertaan :-
1) Mempunyai blog dan Warganegara Malaysia.
2) Tinggal di Malaysia
3) Follow blog ini (untuk mengetahui update terkini GA)
4) Follow, Add Friend dan like sponsor.
5) Paling Wajib - Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
6) Letakkan URL entri di ruangan komen di bawah.

[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]  


Follow Blog Sponsor


WEEWEENNIE (follow guna Button, bukan Widget) 


Like Fan Page Sponsor





 Add Friend Facebook Sponsor


BEUTSKIN ESSENCE DATYN MIA 
NATURACTOR COLLECTIONS 
CAPTURE BOOTH 
MAKAN COKELAT ZAI 
NATURACTOR COSMETICS 
(**tambahan - sila like & share mana2 gambar produk dalam album sponsor Naturactor ini**)
MAKAN COKELAT ZAI 
NUR IZZUREEN 
SITI NOR AMIERA 

Klik Iklan Sponsor 
 (tunggu sehingga habis loading)


http://bit.ly/14ZrpY1
 http://bit.ly/ZP9QVX
http://my.sharings.cc/syaika/share/SmoothManageable/
http://my.sharings.cc/syaika/share/LibresseShineOn

Follow Twitter 



Hadiah-Hadiah Terhebat


Top Referral x 1

 1) Produk SNE (Excel Tea) bernilai RM75 + 1 hamper cenderahati bernilai RM20 + 1 keahlian percuma SNE
+
2) Jam Dinding Limited Edition (Customized) bernilai RM 25 + Percuma Baucer RM50 bagi pembelian Kad Kahwin
+
3) 2 pcs Book Mark Limited Edition Bear Comel


 Hadiah Cabutan Random.org


Vital Energy Q10 Lotion (Toner) + Compressed Mask bernilai RM 85 x 1 pemenang
Vital Energy Whitening Lotion (Toner) bernilai RM 80 x 1 pemenang
Serbuk Cheeze bernilai RM 75 x 1 pemenang
Set Kecantikan 3 In 1 Nour Ain bernilai RM 52 x 1 pemenang
Shawl Half Moon Sakura bernilai RM 45 x 1 pemenang
Mini Fondue Porselin bernilai RM 45 x 1 pemenang
Adjustable Slimming Belt bernilai RM 40 x 1 pemenang
Wangian Kasturi Puteh Syifa bernilai RM 35.90 x 1 pemenang
 Kain Pasang Cotton bernilai RM 30 x 1 pemenang
Jam Dinding Limited Edition (Customized) bernilai RM 25 x 4 pemenang
Chocolate Love Box bernilai Rm 25 x 1 pemenang
Shisheido Black Mask 5 pcs bernilai RM 18 x 1 pemenang
Top Up RM 10 x 4 pemenang
Top Up RM 5 x 3 pemenang
2 pcs Book Mark Limited Edition Bear Comel x 11 pemenang 
Baucer Anis Felt Craft 10% x 3 pemenang
Header Blog x 5 pemenang



Hadiah Saguhati Random.org

Review Blog x 8 pemenang

KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT HADIAH

Rajin-rajin la korang promote GA ni ye sebab Farisha nak cari banyak pemenang!!
Di samping tu, korang berpeluang menang hadiah Top Referral bernilai RM 170!!

**Sepanjang 1st Big Giveaway ini dijalankan, akan terdapat promosi + hadiah percuma yang akan diberikan kepada pengomen yang bertuah oleh Para Sponsor! Nak tahu entry yang mana?
Tunggu! *-*

Tarikh Tamat  : 15/06/2013, jam 12 tengah malam
Pemenang akan di umumkan pada 18/06/2013

Sekian Terima Kasih 

 
*

Isnin, 20 Mei 2013

Nak Jadi Baik Memang Lambat


"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
 
"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.
 
Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu.Marvellous!
 
Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."
 
Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"
 
Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
 
Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
 
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."
 
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
 
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."
 
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:
Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

Selasa, 14 Mei 2013

segmen Blogger pilihan saya by cik wana




YANA SUKA TIDUR LEWAT


berkongsi sebelum tidur

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... 

Aamiin Ya Allah. 

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan. 

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.


Apa Itu Qiamullail




Berkali kali saya berfikir, bagaimana cara saya perlu menulis supaya saya dapat berkongsi dengan para pembaca bagaimana caranya untuk melakukan Qiamullail setiap malam?

Ya. Setiap malam. 

Bagi saya, ia topik yang amat penting. Kalau saya tersalah cara menulis, saya takut mereka yang membaca tersalah faham dan tak dapat merasai nikmat berqiamullail yang saya rasai.

Saya hanya mahu berkongsi untuk memberi inspirasi kepada kita semua. Tiada niat lain dari itu.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku sekiranya terdetik perasaan riya' dan rasa bangga diri ketika aku menulis topik ini, jika ia berlaku ia bukan di atas kemahuan ku. Tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan dosaku ya Allah"

Sebelum Menunaikan Haji

Sebelum saya menunaikan haji, saya bukan seorang yang 'kaki' bangun malam. Jika saya bangun malam sekalipun, hanya untuk saya menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan pilihan saya, Manchester United.

Nak suruh saya bangun solat tahjud. Bukan tak pernah saya lakukan. Pernah. Namun ia tidak terkesan di hati. Fizikal saya sahaja yang melakukannya tanpa roh.

Bolehlah, saya bangun bersolat tahjud dan bersolat hajat. Namun, ia mungkin cuma sehari dua dalam sebulan. Itupun kalau terbangun. Jika tidak. Impian melakukan solat hajat hanya tinggal impian.

Bagaimana Saya Mencintai Qiamullail?

Sebelum saya bercerita lebih jauh. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai konsep TAHU, MAHU, MAMPU.

Kebanyakan daripada kita TAHU mengenai Kelebihan Berqiamullail. Semua orang pasti bersetuju mengatakan Qiamullail itu bagus dan kalau boleh teringin untuk melakukannya secara istiqamah.

Namun, TAHU sahaja tidak mampu 'mengubah' TAHU itu kepada MAHU. Mengapa?

MAHU memerlukan emosi kita 'disentap'. Apabila emosi kita 'tersentap', kita akan sedar kita perlu melakukan apa yang kita TAHU itu.

Jika kita MAHU melakukan Qiamullail. Tetapi emosi kita tidak tersentap. Kita akan berjaya untuk bangun Qiamullail. Namun ia sukar untuk dikekalkan. Kita mungkin akan berjaya bangun untuk satu atau dua malam, tetapi selepas itu kekuatan MAHU kita itu akan berkurangan. 

Inilah masalah yang berlaku kepada saya dahulu.

Saya TAHU kelebihan untuk melakukan Qiamullail. Namun, tahap MAHU saya tidak begitu tinggi.

Dan saya yakin, perkara yang sama akan berlaku kepada diri anda. Anda TAHU, tetapi tahap MAHU itu juga tidak begitu tinggi.

Berapa ramai diantara anda jika saya bertanya, "Mahukah anda melakukan Qiamullail setiap malam?"Anda akan menjawab "Ya".

Namun, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi, tidak sukar untuk dilakukan jika kita,TAHU, MAHU dan MAMPU.

Insya Allah, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana kita boleh mencetuskan MAHU dalam diri kita dan seterusnya MAMPU untuk kita terus kekal beristiqamah melakukannya setiap hari.

FIKIR, EMOSI & TINDAKAN

Kebiasaannya, untuk kita berjaya melakukan 'sesuatu yang sukar' kita memerlukan pemikiran yang hebat. Emosi yang hebat dan tindakan yang hebat.

Inilah yang saya belajar daripada Dr Azizan Osman ketika saya menghadiri Kursus Advanced Marketing Power di Kuala Lumpur awal bulan ini.

Saya ingin membawa konsep yang sama dalam topik melakukan Qiamullail ini.

Semua orang tahu, bukan mudah untuk melakukan Qiamullail secara istiqamah setiap malam. Maka, kita boleh kategerikan ini sebagai suatu matlamat yang 'sukar' untuk kita capai.

Maka, kita memerlukan pemikiran yang hebat, kita memerlukan emosi kita disentap dengan begitu hebat, dan kita perlu melakukan tindakan yang hebat. Barulah kita akan terasa mengapa pentingnya kita melakukan Qiamullail setiap malam.

Dan secara perlahan lahan, ia akan mengubah TAHU kepada MAHU dan kemudiannya MAHU kepadaMAMPU.

Saya tidak mahu anda sekadar TAHU kelebihan melakukan Qiamullail.

Saya tidak mahu anda sekadar MAHU melakukan Qiamullail. 

Saya mahu kita semua MAMPU melakukan Qiamullail secara istiqamah setiap malam. Setiap hari. Sehinggalah Allah menjemput kita untuk melakukannya. Mudah mudahan ia begitu. Insya Allah.

Bila Emosi Saya Disentap?

Terus terang saya katakan. Emosi saya tersentap untuk melakukan Qiamullail setiap malam selepas bertemu dengan Prof Kamil di Madinah semasa saya menunaikan haji pada tahun lepas. Pertemuan selama 4 jam dengan Prof Kamil dalam 3 sessi yang berbeza benar benar mengubah cara pemikiran saya. 

Dan saya bersyukur dapat bertemu dengan beliau.

* Untuk mengetahui secara detail, apa yang Prof Kamil nasihatkan saya. Sila baca Travelog Haji - Part 20 - Part 24 - Nasihat Prof Kamil yang saya tulis sekitar bulan Disember 2011. Saya yakin tak rugi jika anda membaca sekali lagi walaupun anda pernah baca sebelum ini.

Semasa bertemu dengan Prof Kamil, beliau menasihatkan saya untuk merubah sempadan iman saya. Beliau mahu saya meningkatkan tahap iman saya ke suatu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Dan untuk MERUBAH SEMPADAN IMAN saya. Saya perlu MERUBAH DIRI SENDIRI dahulu.

Saya perlu melakukan apa yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. 

Prof mula merencanakan untuk saya, apa yang perlu saya lakukan untuk MERUBAH SEMPADAN IMANsaya.

Antara nasihat Prof untuk saya adalah melakukan Qiamullail, menjaga solat berjemaah, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, bersedekah, menunaikan solat Sunat Dhuha dan pelbagai ibadah lain lagi.

Namun, saya ingin FOKUSKAN kepada Qiamullail untuk dikongsi dengan anda hari ini.

Jika dahulu, saya hanya TAHU mengenai kelebihan Qiamullail, kemudian tercetus perasaan MAHUmelakukan Qiamullail. Namun, sekarang saya bersyukur kerana Allah memilih saya antara jutaan hamba Nya yang MAMPU melakukan Qiamullail setiap malam. Jutaan syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada saya.

Apa Yang 'Menyentap Emosi' Saya Untuk Melakukannya?

Ada dua perkara yang Prof cakapkan yang betul betul menyentap emosi saya.

Pertama: 

Prof mengajak saya berdua berfikir dengan sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud. "Di akhirat kelak, Allah menyuruh Nabi Adam membawa seluruh umatnya ke muka pengadilan. Dan hanya seorang dalam seribu dari umatnya yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab."
Prof mengajak saya untuk merenung kematian. Kematian akan datang pada bila bila sahaja. Ia tidak mengenal usia. 

Misalnya, kakak saya meninggal dunia pada awal tahun ini pada usia beliau 36 tahun akibat kanser.

Dan minggu lepas, sahabat saya di UK dahulu meninggal dunia akibat jantung. Allah menjemput beliau ketika berusia 33 tahun.

Satu perkara yang 'menyentuh emosi' saya adalah. Allah boleh menjemput saya untuk bertemu dengannya pada bila bila masa. Dan adakah saya sudah bersedia untuk bertemu dengan Nya? 

Sukar untuk saya jawab pada ketika itu.

Dan seperkara lagi yang 'menyentuh emosi' saya adalah apabila saya mati dan dibawa ke muka pengadilan nanti, adakah saya termasuk ke dalam golongan seorang daripada seribu yang akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Ya. Hanya seorang daripada seribu dikalangan ummat manusia yang akan masuk ke dalam syurga TANPA DIHISAB.

999 orang yang lain akan dimasukkan ke dalam neraka sama ada sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama lamanya.

Saya tak mahu masuk ke dalam api neraka walaupun sesaat. Saya mahu masuk ke dalam syurga TANPA DIHISAB.

Selepas pertemuan dengan  Prof, saya selalu berfikir, apakah amalan yang saya telah lakukan sepanjang hidup saya untuk saya layak memperoleh rahmat Allah untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.

Bila difikirkan. Saya takut untuk menjawab. "Tiada". 

Saya tidak nampak apa yang istimewa yang saya lakukan untuk melayakkan saya menjadi seorang daripada seribu yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. 

Dan ini amat menakutkan saya. Saya tak mahu 'singgah' ke neraka walaupun sesaat. 

Untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. Saya perlu menjadi 'insan yang terpilih.'  Seorang daripada seribu. Hanya 0.1% daripada manusia yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. 

Saya mahu saya dan keluarga saya termasuk ke dalam golongan itu.

Untuk menjadi insan yang terpilih, saya perlu melakukan apa yang tidak dilakukan oleh orang lain.

Saya perlu belajar untuk melakukan Qiamullail secara istiqamah. Ini kerana ramai dikalangan ummat Islam yang berasa sukar untuk melakukannya. Termasuklah saya.

Saya terfikir, jika saya saya MAMPU untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Peluang untuk saya menjadi INSAN TERPILIH SEORANG DARIPADA SERIBU lebih tinggi. 

Saya akui, kita memasuki syurga Allah atas Rahmat Allah. Namun, Allah nak tengok juga apa yang kita lakukan untuk kita 'layak' diberi Rahmat Nya.

Menjadi 'insan terpilih' menjadi matlamat hidup saya hari ini. Saya sekarang sering berdoa kepada Allah agar memasukkan saya dan ahli keluarga saya ke dalam syurga TANPA DIHISAB.

Saya tak boleh memberi alasan lagi, saya tiada pilihan. Saya harus melakukannya.

Saya mula belajar cara cara untuk melakukan Qiamullail daripada Prof Kamil.

Dan Alhamdulillah. Amalan ini dapat diistiqamahkan hingga hari ini walaupun  tidak mencapai tahap 100%.

Emosi saya 'meronta-ronta' untuk memastikan saya menjadi insan terpilih. Seorang daripada seribu. Ia benar benar memberi kekuatan kepada saya untuk melakukannya.

Kedua:

Prof Kamil juga berkongsi dengan saya sebuah lagi hadis.

"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah hantar hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?(Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim)

Prof Kamil menerangkan kelebihan menunaikan Qiamullail kepada saya. 

Prof menerangkan kepada saya, setiap malam Allah akan turun ke langit dunia di sepertiga malam yang tersisa. Ya. Setiap malam.

Bukan sekadar Allah turun ke langit dunia, Allah mencari hamba Nya yang bangun malam dan berdoa kepada Nya untuk dikabulkan doa itu. Allah juga mencari hambanya yang memohon ampun kepada Nya untuk diampunkan.

Ia berlaku setiap malam.

Namun, hanya disepertiga akhir malam yang tersisa.

Namun, berapa ramai diantara kita yang mahu merebut peluang ini.

Dahulu, saya termasuk ke dalam golongan yang 'tidak' mampu untuk bangun malam. 

Selepas mengetahui kelebihan ini, sekali lagi. Emosi saya tersentuh. 

Allah sebenarnya mahu membuka ruang yang luas kepada kita untuk berdoa kepada Nya. Dan Allah senantiasa mencari cari hamba Nya yang mahu berdoa memohon sesuatu kepada Nya. Dia mahu mengkabulkannya. Dia mahu mencari hamba Nya yang mahu bertaubat kepada Nya. Dia mahu ampunkan.

Tetapi, kita sering 'mengambil' mudah hal ini.

Selepas mengetahui dua hadis ini daripada Prof, emosi saya meronta ronta. 

Saya tak boleh melepaskan peluang untuk melakukan Qiamullail. Saya perlu bangun setiap malam untuk berdoa kepada Allah. Saya perlu memohon ampun kepada  Nya setiap hari. Mudah mudahan, jika saya mati keesokannya harinya. Mudah mudahan saya sudah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.

Saya berharap agar saya mati dalam keadaan bersih dan 'bertemu' dengan Allah dalam keadaan Allah mahu bertemu dengan saya.

Dua hadis ini mengubah hidup saya. Saya bersyukur kepada Allah yang memberi hidayah kepada saya. 

Mahal sungguh 'hidayah' Allah ini. Bukan semua orang menerimanya. Hanya insan insan yang Allah pilih sahaja yang mendapatnya. Dan saya bersyukur kerana Allah 'memilih' saya buat masa ini. Semoga saya dapat kekalkan ibadah ini hinggalah saya dijemput untuk bertemu dengan Nya.

Kekuatan TAHU & MAHU akan mencetus MAMPU

Bagi saya, amat penting untuk kita mengeTAHUi mengapa kita perlu melakukan Qiamullail setiap malam. Selepas mengetahuinya, kita akan tersedar. Emosi kita akan tersentuh dan kita akan MAHU untuk melakukannya. Dan insya Allah. Ia akan melahirkan MAMPU. Kita hanya akan MAMPU untuk melakukannya secara istiqamah jika kita betul betul MAHU melakukannya.

Sedikit perkongsian pengalaman daripada saya

Apabila anda mahu melakukannya, pada awal pagi. Semasa loceng anda berbunyi. Anda akan terasa begitu 'malas' untuk bangun.

Anda akan terdengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang mengatakan. 

"Tak palah. Tak yahlah. Lima minit lagi. Nantilah. Tidur sikit lagi lah." Allah Allah. Bermacam macam bermain difikiran kita semasa hendak mula melakukannya.

Namun, saya bersyukur. Tahap keMAHUan saya  tinggi. Dan saya berjaya menenggelamkan 'suara budak kecil' itu. Saya sudah halau suara budak kecil itu dari hidup saya.

Alhamdulillah. Sekarang saya lebih mudah untuk bangun.

Insya Allah. Dalam entri selepas ini. Saya akan berkongsi dengan para pembaca bagaimana saya melakukannya dengan lebih detail. Solat apa yang saya lakukan dan doa apa yang saya baca. 

Semoga, sedikit cerita saya ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk berebut rebut untuk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin kepada Nya.

Semoga kita menjadi insan yang terpilih dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Saya merayu kepada para pembaca. Ayuh. Marilah kita semua melakukannya semata mata kerana Allah. Kita tiada pilihan.

Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pemangkin dalam diri kita untuk memulakannya. Lebih mudah untuk memulakan Qiamullail pada bulan Ramadhan. 

Ini kerana pada bulan ini, anda hanya akan mendengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang menghalang anda untuk melakukannya. Tapi, pada bulan bulan lain. "Suara budak kecil" ini akan lebih kuat kerana syaitan turut bersama Nya.

Dengarlah apa yang saya katakan ini,

"Lakukanlah Qiamullail walau TERPAKSA. Bangunlah malam untuk bersolat walau TERPAKSA. Mohonlah keampuanan Allah diwaktu malam walau TERPAKSA. Kerana sesuatu kebaikan itu kadangkala sifatnya TERPAKSA. Dan keterpaksaan itu, perlahan lahan akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerana Nya"

Saya sudah melaluinya. Saya sudah paksa diri saya untuk MAHU melakukannya. Dan dari keterpaksaan itulah, saya akhirnya mencetus MAMPU melakukannya.

Saya mahu anda juga begitu. Ayuhlah. Kita sama sama berlumba lumba untuk memasuki syurga Allah tanpa dihisab. Amin
share : http://www.mariafirdaus.com.my/2012/07/qiamullail-bagaimana-melakukannya.html