Ahad, 10 Mei 2015

Pengajian Tafaqquh Fiddin Kolej Islam Darul Ulum



Program terbuka kepada semua yang berminat dan lulus temuduga bermula pada 3 April ini dengan pembimbing utama ialah Dr Khaleel Ismail Ilyas daripada Iraq. Jadual pengajian pada setiap Jumaat dan Sabtu atau Sabtu dan Ahad mengikut kesesuaian pelajar khususnya yang telah berkerja. Yuran pengajian hanya RM200 sebulan dan pendaftaran hanya RM200.Maklumat lanjut boleh hubungi talian 010-3784267 ( Pendaftar )



Program Pengajian Tafaqquh Fid Din

Isnin, 2 Februari 2015

Mengapa Harus Mandi Dalam Keadaan Menutup Aurat ?


Salam Subuh :D 

Sedikit Perkongsian Ketika Fajr Mula Menyinar .
Yang Baik Datangnya Dari Allah , Yang Lemah itu Datang Dari Saya . 

Mengapa Kita Diharuskan Mandi Dalàm Keadaan Menutup Aurat ? 
(Aurat Disini Membawa Maksud Dari Paras Dada Sehingga Lutut)

Ini Kerana Ketika Kita Mandi Ada Beberapa Makhluk Lain Juga Bersama kita .
Seperti Malaikat Syaitan dan Juga Jin 

Malaikat akan beredar Sekiranya Kita Mandi Dalam Keadaan telanjang . Akan tetapi Sekiranya Kita mandi Dalam Keadaan Menutup Aurat , Malaikat Rahmat akan Sentiasa Bersama kita . In shaa Allah

Syaitan Pula Akan Sentiasa Bersama kita , tidak kira waktu . Syaitan Pendamping Manusia Digelar Qorin dan Syaitan Yang Selalu Menghasud kita Adalah Iblis . 

Dan Yang terakhir Jin . Sesetengah Ulama Berpendapat . Ada Manusia yang Boleh Berkahwin Dengan Jin . 
Bagaimana Jin Boleh Terpikat Dengan Manusia ?
Ini jawapannya ketika Kita Mandi tanpa Menutup Aurat  Jin Akan Melihat setiap Inci Tubuh badan  kita . Boleh jadi jin tadi Berkenan Atau Suka Pada Tubuh kita . Dia Akan Terus Akan Ikut kita Sehingga Kita setuju Untuk Berkahwin dengannya . 

Ingat ! Allah Tidak Menjadikan Manusia SAHAJA dalam Alam Ini Dan Bukan Manusia Saja Adalah Khalifah , Jin Juga Adalah Khalifah . 

Allahua'lam :) 


Isnin, 26 Januari 2015

Anda Muslim ? Wajib Baca !


Sedikit Perkongsian Untuk Malam ini 

Tajuk : Sam'iyat .

kiamat

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.
Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:

” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” – surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:
1. Alam Barzah – alam kubur

2. Soalan kubur – soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

Semasa mengajar tajuk Sam’iyat ini di dalam kelas tahun 6 ada seorang murid bertanya JIN, SYAITAN dan HANTU tu termasuk dalam perkara2 sam’iyat ke ustazah? Ustazah menjawab “YA”.. kerana JIn , Syaitan itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya dengan izin Allah swt sahaja ada sesetengah orang yang mampu melihat dan bercakap dengan makhluk tersebut, Wallahu’alam…