Rabu, 24 Februari 2016

Perginya Seorang Ibu


Januari 2001

ini tarikh permulaan aku dimasukkan ke asrama . darjah 1  ketika mereka yang seusia dengan aku masih berada dalam jagaan baik ibu dan ayah mereka .

Waa jah ! itulah Gelaran insan yang menjaga insan kerdil ini . Ketika Itu susuk Tubuhnya masih Kuat . rambutnya masih hitam . Makannya Masih Bernafsu . Makan minum pakai kami Waa , Suami dan anak serta menantunya yang jaga .

 Mendidik Anak kecil menjadi insan bukanlah 1 kerja yang mudah . Perlu Ada Tenaga dan semangat Waja . Waa Jaga ramai budak masa tu . Budak lelaki lah paling ramai . Budak perempuan ada lahh 7 8 orang . Kira aku duduk Rumah waa ni macam generasi ke generasi . Mula tahun 1997 Abang Aku izAan Start Duduk umah waa Then abang aku Izhar lepas tu aku lahh . aku pun ade generasi aku sendiri . Aku ada kawan yang kekal sampai sekarang . Kami mula kenal dekat rumah waa lah . Nadhirah dan aqilah ini lahh duaa insan bertuah tu .

kami duduk Rumah Waa 3 tahun . bukanlah jangka masa yang lama tapi Disitulah kami mula kenal Makan dalam talam . Makanan yang sedikit terasa berkat .
Cakap pasal makan , Allah .. adaa 1 kenangan yang aku tak boleh lupa . Ketika aku darjah 3 . Wa masak Lmbat kami kelas ptg waktu tu . 1 asrama kene denda sebab lambat pergi kelas . Ustaz yasir Tibai kaki ! sakit Oo . *Manalah pergi Ustaz tu . Nama je aku ingat .


Istimewanya Waa dimata kami kerana sifat kasih sayangnya Pada kami . itu lah yang paling mahal . Setiap kali raya Waa akan datang rumah aku tak pun Aku yang datang rumah Waa . Hubungan terjalin Begitulah sampai detik ini


24 Feb 2016

7.15 malam .
Allah Lebih sayangkan Insan Ini . Allah telah ambil Waa kembali Ke sisinya . Abang ee *Ank waa* call mak aku cakap Waa dah tade baru 2 minit tadi . Allah . gugur jantung aku . Air Mata aku Gugur bagai air terjun .  5 hari Waa terlantar sakit Di hospital Sultanah Bahiyah . Aku merancang untuk menziarahi Waa pada hujung minggu ni . Tapi Allah Juga merancang Dialah sebaik baik Perancang . ketika Note ini ditulis Aku dalam perjalanan pulang ke Kedah . Semoga Perjalanan Aku Selamat Sampai dan Aku sempat Menatap Wajah Arwah Waa buat kali terakhir .

Alfatihah .


   

1 ulasan:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    BalasPadam