Selasa, 6 Mei 2014

Masih Lagi Membela Pengganas Syria Yang Sebenar?

sebulan 1 hari , tak bertemu di muka blog , Akhirnya Allah panjangkan umur Bertemu kembali dalam medan dakwah ini . Alhamdulillah . 

sedikit perkongsi pada pagi yang barakah ini . isu Syria . 


Masih Lagi Membela Pengganas Syria Yang Sebenar?

Ini antara gambar-gambar mereka yang dipanggil 'pengganas' oleh sesetengah pihak.

Kekejaman Regim Bashar al-Assad ini sudah tiada maafnya lagi. Islam tidak mengajar kekejaman sebegini rupa. Tidak kira rumah ibadat, sekolah habis dibom semuanya. Anak kecil, wanita mengandung, orang tua semua menjadi mangsa.

Perhatikan gambar yang menceritakan seribu kepiluan hasil kekejaman yang telah dilakukan. Ini hanya sebahagian kecil dari berita sadis dan menyayat hati yang kita terima. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Maaf saya masih tidak faham bagaimana masih ada golongan yang membela Bashar ini. Saya pernah ke Syria pada tahun 2008 dan tinggal di sana untuk hampir 2 bulan.

Ketika itu memang saya dan rakan-rakan yang lain diminta jangan bercakap, menyebut atau menunjuk kepada gambar Bashar di papan-papan tanda kerana dibimbangi ditangkap oleh spy Bashar di sana.

Begitu kuku besi sekali si Bashar ini. Bapanya dulu, Hafiz Asad pernah mengebom satu daerah di Syria yang membunuh puluhan ribu nyawa. Hanya dalam satu malam!

Tolong jangan panggil rakyat Syria dan mereka yang ingin membantu rakyat yang tertindas ini sebagai Pengganas lagi.

*kredit to Warga Prihatin


1 ulasan:

  1. Salam singgah, masyaAllah. Sedih kita tengok kekejaman di syria kini. Hari tu saya sempat tonton assalamualaikum tv al-hijrah, ustaz "" kata pada akhir zaman, kwsn yg paling byk org beriman adalah di sebuat kota bernama Damsyik, Syria. Di situ juga kan turunnya Nabi Isa di bangunan putih.

    Jemput singgah, studioous.blogspot.com dan fbshop: facebook.com/nortacollection

    BalasPadam