Rabu, 11 Disember 2013

Sekadar Perkongsian *Rabu




Isteri : Bang, saya cemburu bila lihat
teman-teman saya.

suami : Cemburu? Kenapa?

isteri : suami mereka selalu memberi
hadiah, membelikan gelang, cincin,
baju, mengajak dia jalan-jalan.

suami : Maafkan abang ya, kerana
abang tak mampu memberikan semua
itu untukmu. Abang tak punya wang
untuk itu semua..

isteri : Bang, jangan cakap begitu. Apa
yang abang beri sudah cukup untuk
saya. Percayalah..

suami : Tapi awak tetap menginginkan
itu semua kan? Sama seperti teman-
temanmu?

isteri: abang,,,, maaf..

suami : tak mengapa

Suatu hari si suami mendapat khabar
bahwa si isteri mengalami kecelakaan
hebat. Si isteri mengalami cedera pada
mata hingga mengakibatkan ia
kehilangan penglihatannya.
Setelah beberapa minggu, si isteri
telah sedar dan pulang ke rumah
untuk mencari si suami yang tidak
muncul di hospital.Dia membaca
sepucuk surat yang diberikan oleh
seorang doktor sebelum ia pulang..
------------------------------
---------------------
"Sayang, maafkan abang kerana
selama ini tidak mampu menjadi
seorang suami yang terbaik untukmu.
Abang tidak mampu memberikan
kemewahan padamu. Abang tak dapat
membahagiakanmu dengan
kemewahan.
Sayang,
Hari ini kamu melihat dan membaca
surat ini dengan mata abang. Hanya ini
yang mampu abang berikan padamu,
sayang. Jaga mata ini seperti kamu
menjaga dirimu. Dengan mata ini
nanti, kamu akan berjumpa dengan
seseorang yang akan menyayangi dan
akan memberikan segala yang kamu
inginkan. Maafkan abang..!"
Apa pengajaran yang anda terima dari
cerita ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan