Jumaat, 4 Oktober 2013

Ya Ukhti


Ya ukhti
Izinkan aku bertanya pada imanmu Sejauh manakah telah kau melangkah Meniti hari demi hari yang sudah Kendatipun langit tak selalunya cerah Tapi jiwamu sentiasa bak pelangi tabah.
Ya ukhti
Telah kau diciptakan dengan kelembutan Penuh dengan kasih sayang tulus kau abadikan Aku tak hairan kalau dirimu mudah tersentuh Aku tak hairan jika manik kacamu berganti silih Aku tak hairan walau cemburumu hanya kerana kasih
Ya Ukhti
Aku malu dengan dirimu Kau peduli dan tak pernah kau mungkiri Janji-janji pada tuhanMu Onak duri kau tempuhkan, gaung kehidupan kau redahi Walaupun tanpa Adam di sisi Kau yakini Allah teman setia menghakis segala persepsi duniawi Munajat, syukur atas ketentuan Ilahi
Ya ukhti
Kau peihara segala panorama Tundukkan nafsu saujana Sedangkan mereka menindas ketaatanmu Kau sampulkan senyum yang bersuratkan seribu makna Tak gentar walau dipulau hingga hujung dunia Kerana kau sedar cinta-Nya tiada batas sempadan
Ya ukhti
Isimu kau belai dengan rapi Bukan untuk ditatapi mahupun dizalimi Jauh sekali bagi aku mengadili Nilai ketaqwaanmu dengan mata kasar Meski ku tahu kau ditikam ranjau belukar Tuntas akhirnya kekal bagai mawar yang mekar
Ya ukhti
Aku tahu kau bukanlah sehebat Khadijah Tidaklah semulia Aishah apatah lagi secekal Fatimah Namun azammu tak pernah merintih dan mengalah Kerana kau mahu digelari, dimaktubkan hidupmu Seorang mujahidah yang mengerti pahit manis perjuangan Bergadai nafas demi Allah, Rasul junjungan Bertaruh kudrat demi umat akhir zaman
Ya ukhti
Sayup hatiku bertemu denganmu Gundah gulana gegak gempita semuanya ada Namun izinkan aku bertanya buat demikian kalinya Mahukah dikau menjadi permataku? Yang ku beli dengan sekudus iman Walau ku sedar diri cuma gangsa, bukannya intan Namun hajatku seoptimis segunung harapan Agar kau bisa menjadi yang terukir dalam taman.

P\S : Cukuplah Imanmu sebagai maharku ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan