Isnin, 10 Jun 2013

Monolog Keinsafan

Tutup buku lama
Buka buku baru
Ungkapan semudah irama
Namun jiwa penentu segala
Apa mungkin aku mengerti
Hatta diri berabdikan nafsu
Dunia ini persinggahan
Akhirat itu kepastian
Syurga itu raja segala nikmat
Neraka itu azabnya cukup likat
Andai ada iman masih ku semat
Bukan sekadar niat tuk bertaubat
Ku mungkin keseorangan
Bila diriku dihujani ujian
Ku mungkin berteman
Adapun tika suka dan lara
Sanubari ikhlas sejernih manik kaca
Tanpa anasir mahupun sebuah agenda.

hasil karya akh Na Q Din

1 ulasan: