Rabu, 15 November 2023

Kedai Emas Murah Merchant9


Emas sering digunakan oleh wanita sebagai perhiasan diri. Dengan pelbagai bentuk dan rekaan yang menarik ianya dapat memukau mata yang memandang. Emas lazimnya menjadi perantaraan yang utama untuk majlis pertunangan dan perkahwinan masyarakat melayu.  Disebabkan melayu mempunyi pelbagai adat jadi rekaan emas juga menjadi simbol untuk setiap majlis.  Misalnya kita ada cincin belah rotan untuk acara bertunang,  cincin batu permata untuk majlis perkahwinan. Tidak lupa juga perhiasan tambahan seperti gelang untuk acara batal air sembahyang. Rantai sebagai pemberian mas kahwin. Set lengkap ini boleh didapatkan di kedai emas merchant 9. Mereka menyediakan perlbagai jenis rekaan barang kemas klasik hingga design yang terkini. Dengan harga dan upah murah kedai emas merchant 9 menjadi pilihan wanita di Malaysia.



Gold bar dan dinar emas juga ada dijual di kedai merchant 9. Dinar emas dimasakini sering digunakan sebagai emas kahwin atau mahar kerana nilai dinar itu sendiri harganya tinggi.  Dan mudah untuk dijual balik sekiranya kita memerlukan wang dalam keadaan tersedak.  


.



Selain daripada Emas perhiasan dan dinar emas. Di merchant 9 juga mereka menyediakan perkhidmatan jual beli emas lama dan tukaran emas kepada cash.  Menarikkan?  Di kedai emas merchant 9 mereka mengambil emas trade in dengan harga yang tinggi.





Antara perkhidmatan lain di kedai emas merchant 9 ini adalah mereka menyediakan perkhimatan penghantaran percuma bagi barangan kemas yang bernilai rm300 keatas. Pembelian boleh dibuat di www.merchant9.com. Penghantaran ke seluruh Malaysia secara percuma dengan pelindungan insurans. 



  • Pembelian tulen - Kedai mereka kini dikenali ramai.
  • Selamat - Setiap transaksi dilakukan di dalam premis.
  • Wang Tunai Segera - Mereka menawarkan wang tunai atau secara instant transfer.
  • Harga Emas Tertinggi - Mereka menawarkan harga tertinggi kepada korang.
  • Cepat - Transaksi mengambil masa 5-15 minit.


Nak tahu info dan rekaan terkini boleh layari Instagram, Facebook dan tiktok merchant 9 


Instagram: https://www.instagram.com/kedai_emas_merchant9/ 

Facebook: https://www.facebook.com/merchant9/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@kedaiemasmerchant9/






Isnin, 30 Oktober 2023

Keedsflix Tadika terbaik di Malaysia

.


.


Sekolah tadika adalah langkah awal yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Ia melibatkan penyediaan persekitaran yang mesra kanak-kanak, memperkenalkan konsep asas seperti nombor, huruf, warna, dan membina kemahiran sosial melalui permainan dan interaksi dengan rakan sebaya. Melalui pengenalan ini, anak-anak dapat memulakan perjalanan pembelajaran mereka dengan cara yang menyeronokkan dan merangsang daya berfikir. 


Mesti ramai yang tak tahu kan keedsflix ni apa ? Jadi jom kita kenal serba sedikit tentang keedsflix. Keedsflix ni merupakan sekolah tadika yang dinaungi oleh angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muzaphar.  sekolah ini mempunyai lebih dari 119 cawangan di malaysia dan dua cawangan di luar negara masing-masing di Brunei darul Salam dan Indonesia.


Keedsflix menawarkan pembelajaran yang holistik bermula dari usia 1 hingga 4 tahun akan ditempatkan di playschool dan 4 hingga 6 tahun di preschool. Dengan memperkenalkan modul yang direka khas hasil daripada gabungan ilmu agama dan sains bagi memastikan anak-anak mendapat ilmu yang seimbang iaitu ilmu duniia dan akhirat.  


4 modul utama yang diperkenalkan oleh keedsflix.


  • Keed Quranic ialah modul yang disusun oleh Guru yang mengajar anak Dr Shekh Muzaphar sendiri. Kaedah yang sangat bersesuaian dengan peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

  • Keed Hafiz disusun dengan 4 kaedah utama iaitu hafazan tracker, video interaktif , thematic surah dan quran rhyme. 


  • Keed Space pula adalah satu modul yang disusun untuk memberi pendedahan awal berkaitan dengan Alam sekitar dan alam semesta mengikut acuan Al quran dan Assunnah. 


  • Keed Robotic adalah hasil gabungan 4c iaitu creative thinking, critical thiking, computational thiking dan collaboration& communication.

Iz percaya dengan semua modul yang telah disusun oleh keedsflix ini akan berjaya melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat.


——————————————————————————————————————————

Bertempat di Mydin Mall Mutiara Rini Johor Bharu telah diadakan keedsflix tour with Astronaut pada 28 oktober 2023 pelbagai bakat ditonjolkan oleh anak-anak didik keedsflix. Antaranya adalah Bacaan Surah Al Kahfi, choral speaking, demonstrasi sains , nyanyian, tarian dan banyak lagi. Pada hari tersebut juga Dr Sheikh Muzaphar turut meberi tips dalam slot parenting talk, pelbagai imput yang berguna bolrh diambil untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. 


Iz berpendapat program jelajah keedsflix ini perlu diteruskan ke negeri-negeri lain agar satu malaysia mengenali tadika terbaik di Malaysia iaitu Keedsflix. 





'


Untuk maklumat lanjut boleh layari 








Selasa, 12 September 2023

PAM SUSU YANG MURAH









Proses mengepam susu badan tak semudah yang disangka kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal seseorang ibu.

Seorang ibu perlu wujudkan demand untuk kekalkan supply susu badan jika mahu teruskan misi anak fully breastfeed selama 2 tahun sepertimana Firman Allah dalam Al quran..

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.

(Surah al-Baqarah, 

Jadi, untuk dapatkan breast pump yang bagus dan berkualiti akan membantu si ibu yang bekerja atau suri rumah menyediakan stok susu yang mencukupi tanpa membuatkan si ibu rasa sakit di bahagian payudara.

Yana memilih AppleBebe Beeson Compact Single Electric Breast Pump with Feeding Bottle (150ml) Anti-Backflow Breastmilk BPA Free Adjustable Massage KERANA ciri-ciri dibawah. 

✅Pengecasan yang pantas
✅Menggunakan teknologi touch screen
✅BPA free
✅Mesin tak bising

🚷 Pergerakan terhad

Bahagian mesin terdapat 2 mod mengepam iaitu massage dan expression mode dan setiap mod mempunyai tahap sedutan yang berbeza.

Manakala, pam ini akan berhenti mengepam selepas 30 minit, agak lama daripada biasa. Menariknya tentang pam susu ini, apabila diperah, susu akan terus jatuh ke botol susu yang disediakan. Jangan risau, botol susu yang disediakan mempunyai ciri bebas daripada bahan kimia terlarang.

Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori seperti;

1x unit Pump.
1x breast shield.
1x silicon diaphragm.
1x teat.
1x PP bottle.
1x  wayar USB.

Product Price:  RM161.9
Discount Price:  RM83.9
https://s.lazada.com.my/s.6kN8W?cc

UNTUK DAPATKAN RM9 OFF BOLEH GUNA VOUCHER CODE YANA OKWYY!! 
99KOL38632
Terima kasih @lazada_my #lazadamy #sale9.9

Sabtu, 2 Januari 2021

ABU BAKAR ASSIDDIQ



LATAR BELAKANG SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Nama sebenar beliau Abdullah bin Usman bin Amir bin Amr bin Ka’ab bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin lu’ai At-Tamimi al-Quraisyi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Abu Bakar as-Siddiq dalam sejarah Islam. Rangkaian jurai keturunan beliau bertemu dengan rangkaian jurai keturunan Nabi Muhammad s.a.w pada Murrah bin Ka’ab sehingga keduanya sekeduanya seketurunan.

Ibu beliau iaitu Salma binti Shakhar bin Amir bin Ka’ab bin Saad bi Taim bin Murrah. Beliau dilahirkan selepas dua tahun enam bulan Nabi Muhammad s.a.w dillahirkan iaitu pada tahun Gajah. Ini bererti beliau lebih muda dua tahun lebih dari Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan di Mekah. Dari kecil lagi beliau terkenal dengan sifat yang terpuji antaranya budi pekerti yang baik, mulia, dan banyak lagi.

Abu Bakar mempunyai pelbagai gelaran tetapi beliau lebih terkenal dengan gelaran as-Siddiq yang bererti ‘orang yang benar’ kerana Abu Bakar adalah seorang yang mempercayai setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Abu Bakar mempunyai bakat dalam bidang perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan beliau di dalam dan luar negeri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti benar, jujur, setia dan peramah dengan pelanggannya.

Abu Bakar adalah antara yang terawal memeluk Islam. Pelbagai pendapat bercanggahan mengenai siapa yang terlebih dahulu yanh memeluk Islam. Perbezaan pendapat itu akhirnya dapat dirumuskan oleh Imam Abu Hanifah sebagai berikut:

1. Abu Bakar as-Siddiq daripada golongan lelaki dewasa

2.Ali bin Abu Talib daripada kalangan lelaki kanak-kanak

3. Khadijah dari kalangan wanita dewasa

4. Zaid bin Haritsah Maula Nabi Muhammad s.a.w. daripada golongan hamba lelaki

5. Ummu Aiman isteri Zaid daripada golongan hamba wanita.

Saidina Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia pada tanggal 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah selepas memimpin umat Islam sebagai Khalifah al-Rasyidin pertama selama 2 tahun 3 bulan 10 hari. Beliau meninggal ketika berusia 63 tahun dan jenazahnya dimakamkan di samping makam Nabi Muhammad s.a.w.

Sabtu, 6 Jun 2020

GAGAL UPU ? JOM MASUK KUIS. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR TEMPAT PENGAJIAN TERBAIK.


بسم الله الرحمن الرحيم


Hai Pembaca ! Apa khabar ? Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala masih memberikan kita nikmat kesihatan yang baik dan nikmat iman dan islam. Semoga dalam jagaan Allah selalu. 

Masih belum terlambat untuk admin mengucapkan tahniah atas kejayaan adik-adik yang berjaya menempatkan diri di UA. bagi yang kurang bernasib baik, jangan kecewa kerana masih banyak lagi tempat untuk adik-adik melanjutkan pelajaran. UA menjadi pilihan dan cita-cita untuk adik-adik meneruskan langkah dalam bidang yang adik-adik minat dengan kos pengajian yang murah dan kemudahan yang disediakan oleh UA adalah yang terbaik , namun tidak kurang hebatnya dengan IPTS yang menyediakan prasarana yang kondusif dan cukup selesa untuk mahasiswa yang bakal mendaftar di IPTS berkenanan.Melanjutkan pengajian ke IPTS bukanlah suatu perkara yang perlu dimalukan. Tiada lagi istilah budak tidak pandai, gagal dalam UPU akibat persaingan yang tinggi dan sebagainya. Itu hanya pemikiran orang kuno yang duduk di zaman paleolitik. Ramai yang memilih IPTS kerana apa?.

  1. Kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan industri semasa & akan datang
  2. Kemudahan pembelajaran yang disediakan
  3. Pendedahan secara langsung kepada industri berkaitan kursus yang diambil
  4. Potensi yang tinggi untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian
  5. Memantapkan penguasaan bahasa inggeris
  6. Peluang melanjutkan pengajian ke luar negara melalui Twinning Program dengan yuran yang murah
Disini admin akan menceritakan serba sedikit tentang tempat admin belajar serta kursus yang admin ambil dan inshaAllah akan diceritakan juga tentang pengalaman suka duka dalam tempoh 4 tahun pengajian di KUIS.

APA ITU KUIS ?

KUIS atau KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR yang bertempat di bandar seri putra Kajang Selangor darul Ehsan. Admin merupakan pelajar semester akhir dalam ijazah sarjana muda syariah dengan undang-undang dan bakal menamatkan pengajian pada bulan 11 dan menyambung latihan industri 2 bulan kemudian. 

admin akan membawa pembaca untuk menganal  kursus-kursus yang ditawarkan disini-:

KUIS menyediakan pelbagai cabang ilmu pengajian bagi melengkapkan diri seorang pelajar akan ilmu pengetahuan yang mencukupi yang mampu berdaya saing dengan kursus-kursus yang ditawarkan diluar sana disamping itu, ilmu agama juga tidak dilupakan bagi memantapkan jati diri dan keimanan dalam jiwa mahasiswa.

Secara amanya KUIS menyediakan 5 peringkat pengajian bermula dengan peringkat asasi atau dikenali sebagai pusat matrikulasi, seterusnya diperingkat diploma kemudian ijazah sarjana muda (degree) , seterusnya ijazah sarjana (master) dan terakhir adalah Ijazah Doktor falsafah (PhD)
KUIS juga menyediakan pengajian secara PERCUMA bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi dengan syarat mereka perlu menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di KUIS. sila klik link dibawah untuk melihat senarai penuh kursus-kursus yang ditawarkan.


_________________________________________________________________________________

Disini admin akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman admin sepanjang 4 tahun di bumi KUIS. Admin mula mengenali kuis pada awal tahun 2016 dan mendaftarkan diri pada intake kedua pada jun 2016. Suasana pembelajaran di kuis amat berbeza dengan kolej yang admin pernah belajar sebelum sebelum ini. Suasana biah solehah yang diterapkan dikuis menjadikan KUIS amat berlainan dengan IPTS yang lain. dengan pendekatan biah ini kita dapat melihat mahasiswa mahasiswi kita lebih terjaga bila mereka berada di dalam kampus. 

Semester pertama di kuis amat mencabar buat admin kerana subjek undang-undang yang sebelum ini tidak pernah kita pelajari akan dipelajari pada semester ini. bermula dengan subjek sistem perundangan di malaysia yang mana subjek ini akan membawa kita mengenal apa itu perundangan di malaysia dan sedikit sebanyak falsafah undang-undang di luar negara. subjek pada semester satu juga adalah subjek basic yang ditawarkan oleh MQA seperti ETHNICS RELATION dan ISLAMIC AND ASIAN CIVILIZATION dan ditambah dengan subjek wajib major atau wajin fakulti seperti FIQH AL-IBADAH. Dalam tempoh masa 14 minggu kita akan disbukkan dengan tugasan-tugasan tutorial, tugasan berkumpulan, Pembentangan, ujian pertengahan semester dan akhir sekali peperiksaan. jumlah jam kredit yang ditetapkan untuk ijazah sarjana muda syariah dengan undang-undang (kepujian) adalah 144 jam kredit. 

Part 2 admin post esok ☺️F

 (( jika ada persoalan boleh email admin at izyana.aisyah@gmail.com atau komen dibawah dan tinggalkan contact number nanti admin akan ws ))


Ahad, 19 April 2020

Takaful Insurans Liabiliti Profesional

HAI TEMAN-TEMAN. HARI INI DALAM RUANG LINGKUP YANG SEDERHANA . ADMIN NAK SHARE SEDIKIT TENTANG Takaful Insurans Liabiliti Profesional

  • Secara amnya, polisi liabiliti awam mengecualikan liabiliti yang timbul akibat kecuaian profesional.
  • Situasi sedemikian timbul apabila 'seorang profesional' gagal melakukan tugasnya dengan penuh kepakaran dan prihatin seperti yang diharapkan (kepakaran dan keprihatinan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan tanggungjawab 'normal' yang biasa dilakukan oleh individu biasa atau orang awam).
  • Di dalam situasi biasa kontrak perkhidmatan antara seorang profesional dan pelanggan, terdapat syarat tersirat yang mengharapkan khidmat yang diberi haruslah mempamerkan kepakaran dan keprihatinan. Kegagalan melaksanakan tugas secara profesional boleh menyebabkan berlakunya kerugian kepada pelanggan yang diinsuranskan di bawah indemniti profesional.

Perlindungan Asas
  • Polisi ini melindungi insured yang gagal mematuhi tanggungjawab professional disebabkan tindakan, kesilapan dan peninggalan yang melibatkan kecuaian insured, pemegang jawatan terdahulu atau mana-mana individu yang diambil bekerja oleh insured atas sifatnya sebagai profesional.
  • Perlindungan meliputi bayaran kos guaman yang mungkin ditanggung oleh insured, dengan syarat mendapat persetujuan insurer terlebih dahulu.

Pengecualian

Polisi insurans indemniti profesional ini biasanya mengecualikan tuntutan yang melibatkan :
  • Fitnah atau tohmahan.
  • Ketidakjujuran, penipuan, jenayah.
  • Tindakan berniat jahat atau pengabaian oleh insured, pemegang jawatan terdahulu atau pekerjanya.
  • Pencemaran radioaktif.

Sabtu, 18 April 2020

MAKSUD QIAS


PENGENALAN QIAS

[1]        Qias adalah salah satu daripada method ijtihad yang diguna pakai oleh para fuqaha untuk menentukan hukum syarak bagi sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak ada padanya dalil yang khusus baik daripada Al-Quran mahupun As-sunnah berkenaan sesuatu perkara atau perbuatan tersebut.

[2]        Method ini digunapakai dengan menentukan hukum bagi sesuatu perkara atau perbuatan, yang tidak ada  dalil daripada Al-Quran dan as-sunah, dengan sesuatu perkara atau perbuatan, yang ada dalil daripada Al-Quran dan As-sunah, kerana wujudnya persamaan antara kedua-duanya  dari segi Illah atau sebab hukum tersebut ditetapkan.

ANALOGI QIAS

[3]        Qias dengan mudah boleh di analogikan dengan  analogi ringkas seperti mana berikut :

Ø  Perkara/perbuatan “x” telah ditentukan hukum terhadapnya berdasarkan dalil Al-Quran atau sunah dengan hukum “Haram”.

Ø  Hukum “Haram” ditetapkan kepada “x” kerana kewujudan sebab/illah “A” pada perkara “x” tersebut.

Ø  Perkara “y” yang tidak mempunyai dalil berdasarkan Al-Quran dan as-sunah  mempuyai illah atau sebab yang sama dengan perkara “x” iaitu “A”

Ø  Maka Hukum “Haram” ditetapkan kepada “y” kerana kewujudan sebab atau illah “A” tersebut. 

PRINIP ASAS BAGI PENGAPLIKASIAN QIAS
 
[4]        Berdasarkan kepada analogi tersebut dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat dua prasyarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum untuk mengguna pakai method Qias ini.

Ø  Hendaklah dipastikan sesuatu perkara itu tidak ada dalil yang spesifik daripada Al-Quran mahupun As-sunnah dan  Sekiranya ada maka dalil-dalil tersebut lebih diutamakan.

Ø  Hendaklah perkara yang tidak mempunyai dalil tersebut mempunyai persamaan dari segi illah atau sebab dengan perkara yang ada pada nya dalil. Sekiranya tidak ada persamaan maka tidak boleh disamakan hukum di antara kedua-duanya.

[5]        Antara lain, turut dapatkan  disimpulkan di sini bahawa Qias tidaklah membuat hukum baru tetapi method ini adalah menyamakan sesuatu perkara dengan satu perkara yang lain sahaja.

RUKUN-RUKUN QIAS & CONTOH PENGAMALANNYA 

[6]        Bagi menentukan hukum sesuatu perkara/perbuatan melalui method ini, Para Ulama telah menggariskan terdapat empat rukun yang perlu dipenuhi.

RUKUN PERTAMA ADALAH PERKARA ASAL

[7]        Perkara asal di sini adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang telah disebut di dalam Al-Quran atau As-Sunah berserta dengan hukumnya menurut islam.
Sebagai Contoh :
Surah Al-Maidah Ayat 10 :

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[8]        Tanpa merujuk kepada Hukum yang terkandung di dalam ayat ini, Al-Quran telah menyebut bahawa wujudnya perkara yang dinamakan “Al-khamr” yang diterjemahkan sebagai arak.

[9]        Arak ini disebut dengan jelas berserta dengan hukum syarak berkaitan dengannya  di dalam ayat tersebut. Arak yang disebutkan di sini adalah dikategorikan sebagai Perkara Asal.

RUKUN KEDUA ADALAH HUKUM KEPADA PERKARA ASAL TERSEBUT

[10]      Perkara asal iaitu arak yang telah disebutkan dengan nyata dalam ayat yang telah dinyatakan terdahulu daripada ini, telah turut menjelaskan hukum bagi perkara tersebut.

[11]      Perkataan “Fajtanibuhu” adalah perkataan bahasa Arab yang membawa maksud “Jauhilah”. Di dalam pengkajian usul fiqh terdapat beberapa lafaz yang telah diklasifikasikan oleh para fuqaha sebagai perkataan yang membawa maksud pengharaman kepada sesuatu perkara. Dan perkataan “ijtinab” ini adalah salah satu daripada perkataan yang membawa maksud pengharaman tersebut.

[12]      Oleh yang demikian, adalah dapat diketahui bahawa hukum kepada rukun yang pertama iaitu arak adalah haram.

[13]      Maka, timbul pula persoalan yang akan dijawab dalam rukun keempat nanti iaitu apakah sebab atau illah diharamkan Arak tersebut ?

RUKUN KETIGA : PERKARA ATAU PERBUATAN YANG TIADA HUKUM “PERKARA FURUQ” YANG MENYAMAI SEBAB/ILLAH DENGAN PERKARA YANG ASAL.

[14]      Rukun ketiga ini adalah merujuk kepada apa-apa perkara yang hendak disamakan dengan pengharaman hukum arak tersebut. 

[15]      Sekiranya perkara yang terkandung dalam rukun ketiga ini, jika dapat dibuktikan wujudnya persamaan dengan Rukun Pertama dari segi sebab atau illahnya yang akan dihuraikan kemudian daripada ini, maka perkara ini akan diberikan kepadanya hukum sebagaimana perkara asal tersebut.

[16]      Sebagai contoh, Rata-rata para sarjana Islam meletakkan Dadah sebagai contoh yang sesuai untuk memahami bagaimana Qias diaplikasikan kerana wujudnya persamaan yang ketara dari sudut kewujudan sebab atau illah pada dadah tersebut dengan perkara asal iaitu arak.

RUKUN KEEMPAT : PERSAMAAN ILLAH ATAU SEBAB DI ANTARA PERKARA ASAL DAN PERKARA FURUQ.

[17]      Sekiranya hukum perkara asal hendak ditetapkan kepada perkara furuq, hendaklah terlebih dahulu apakah illah atau sebab yang mempunyai persamaan antara keduanya.

[18]      Setelah dikaji dan diteliti dari kesan dan faktor-faktor lain para fuqaha’ berpandangan bahawa illah atau sebab kepada pengharaman arak adalah kerana sebab arak itu menutupi akal dan memabukkan yang boleh menghilangkan kewarasan seseorang.

[19]      Pada asalnya, Dadah itu tidak ada apa-apa hukum terhadapnya dan dengan mengambil kira prinsip sesuatu perkara adalah halal dan dibolehkan maka dadah pada asalnya adalah halal dan harus digunakan.

[20]      Walau bagaimanapun, Kesan yang diperolehi daripada pengambilan arak turut dilihat akan terhasil bagi mana-mana orang yang mengambil dadah. Maka, para fuqaha’ berpandangan bahawa dadah dan Arak tidak ada beza di antara keduanya kerana kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi illah dan sebab.

[21]      Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan arak adalah kerana menjaga diri manusia agar sentiasa dalam keadaan mulia serta penguasaan akal yang penuh, perbuatan meminum arak hanya memudaratkan akal manusia.

[22]      Adalah menjadi sesuatu amalan yang tempang sekiranya hikmah ini tidak diadaptasi dalam kes pengambilan dadah. Oleh hal yang demikian dadah turut diharamkan hasil daripada persamaan sebab dan illah tersebut.

SEKITAR PERBINCANGAN BERKENAAN PENGAPLIKASIAN QIAS DALAM KES PENGHARAMAN DADAH.

[23]      Sekalipun telah dijelaskan terdahulu daripada ini tentang pengaplikasian method qias tersebut, Ada dikalangan para fuqaha’ yang tidak bersetuju dengan pengharaman dadah menggunakan method ini.

[24]      Fuqaha’ tersebut berpandangan bahawa method qias hanya akan dirujuk bilamana tidak ada dalil tentang sesuatu perkara yang menjelaskan perkara tersebut secara spesifik.

[25]      Sepertimana yang telah di jelaskan sebelum ini, sekiranya ada dalil dari Al-Quran atau As-Sunah berkenaan dengan perkara tersebut hendaklah didahulukan dalil-dalil tersebut dan Dalam kes pengharaman dadah, tidak sewajarnya dirujuk kepada Qias.

[26]      Mereka berhujah bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa  :
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَكُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ.

Maksudnya : Daripada Ibn Omar, Sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa setiap benda yang memabukkan (menghalang akal berfungsi dengan baik) adalah khamar, dan setiap yang memabukkan itu adalah haram.

[27]      Berdasarkan hadis tersebut, dapat diteliti bahawa Nabi menyamakan setiap yang memabukkan itu sebagai khamar. Tidak kira apa jua perkara itu dinamakan, sekiranya ia memabukkan (menghalang akal berfungsi dengan baik) maka perkara tersebut dikategorikan sebagai Al-khamr dan hukum bagi perkara tersebut adalah Haram.

[28]      Oleh itu, adalah lebih tepat dan lebih wajar jika pengharaman dadah tersebut terus dirujuk kepada dalil yang asal berbanding kepada Qias.

[29]      Pada pandangan penulis, pendapat ini turut mempunyai hujahnya yang kuat yang harus dipertimbangkan dalam pengharaman sesuatu perkara yang memabukkan dan tidak hanya  bergantung pada qias kerana ada dalil yang lebih wajar diutamakan.

KESIMPULAN

[30] Berdasarkan kepada perbincangan di atas adalah dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam menggunakan method qias bagi menentukan hukum bagi sesuatu perkara.

[31]      Penulis berpandangan bahawa tugas yang paling sukar dalam membuat penentuan hukum berdasarkan method qias ini adalah pada menentukan illah atau sebab bagi sesuatu perkara itu diputuskan dengan hukum-hukum tertentu dan Perlu adanya kemampuan dalam menilai illah atau sebab agar illah yang dikeluarkan dilihat sebagai sesuatu yang kukuh yang boleh diterima serta diambil kesempatan oleh mana-mana pihak lain yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa sesuatu hukum diperolehi dengan Qias sedangkan illah atau sebabnya sangat longgar sehingga mendatangkan fitnah kepada Agama Islam.